Wednesday, November 26, 2014

Nippon Quality, DUO.


Designed by Ultimate Oragnizer, DUO. 
Mr Masahiro Adachi, pengasas bersama DUO. Bersama Mr Matsushita, mereka telah menubuhkan syarikat DUO hasil usaha dan kepakaran dalam mereka bentuk gewang. 

Pada 1 Oktober yang lepas, Fishmax Tackle telah menerima kunjungan pengasas bersama DUO iaitu Masahiro Adachi sempena lawatan 4 hari beliau untuk berjumpa peminat. Gua dengan penuh bersemangat untuk menerima beliau. Agak sukar sebenarnya untuk berjumpa dengan pereka gewang ni.


Weiiii, gua set masa seminggu awal nak jumpa orang Jepun ni tau..kahkah, gua sampai dalam pukul 1130PG. Takut tak sempat nak jumpa orang Jepun ni.


Lebih kurang pukul 0330PTG, sampai juga orang Mr Masahiro Adachi bersama translator beliau serta Mr Darren Chong ( dealer DUO ). Perasaan gemuruh dalam jiwa gua bila tengok pereka gewang yang gua guna ada depan mata ni.



Sempoi je orang nya. Apa lagi, time minta sign la kat gewang masing masing. Hahaha, time ni memang lawak. Sorang je dah bagi 5 6 gewang, penat la nak sign. Kihkih



Yeahhhhhhhh ! Dapat juga bergambar dengan Masahiro Adachi ! kihkih,
#KauAdo? #AkuDapatKauPanas #KauDahKenapa 


So, sebagai tanda kenangan.. Masahiro Adachi bagi sign pada sticker DUO kt Fishmax Tackle.