Tuesday, August 18, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin buat semua readers ! 
Dah habis Syawal baru nak buat ucapan. Wakakaka !


Wednesday, June 24, 2015

GKC x PBH Gathering 2015

Selamat pagi.
1 / 2 / 2015 Air Kuning, Kampar, Perak, Malaysia.



Seawal jam 8PG, berjumpanya gua dengan legend legend MFN thread Geng Kaki Casting & Peacock Bass Hunter di Air Kuning, Perak. Rasa segan silu, maklum ler, teman masih baru dah jumpa legend. Kekeke. Gua datang sini nak ikan, geng lain datang irat silaturrahim. Pukul 930AM start aktiviti casting. Bersepah semua geng mencari port.



Memang betul sangkaan Abg Wadi, dia dah beritahu gua keadaan lombong masa ini. Air surut, tiada aktiviti PB, rise pun tak nampak. Hanya angin mendayu dayu. Ultralight setup terhad penggunaan nya. Dapat dengar jeritan geng lain, memang sah dapat seekor PB berukuran 52CM. Maaf la, tak ada gambo pulak. Penat woi..


Masa ni, nampak la seorang Pahlawan Sang Merak yang bernama Sham Piman a.ka Yakuza. Kekekeke. Masih steady lagi casting walaupun matahari dah terpacak. Superb la ! Malu gua yang muda ni lemah..hahaha


Dapat juga merasa pegang set beliau, gandingan Daiwa Steez SV dipadankan dengan Tulala Lite Wire & gewang Tiemco Riding Pepper. Sungguh smooth cast, meleleh...


Agak panas, ehh..memang panas woi di Air Kuning. 


So, inilah dia pemenang no 1 ! Dengan PB sepanjang 52CM. Wooooooooooooo ! Tahniah brader. Lupa pula nama nye, dapat beg Gee Crack + SP banyak sikit, keke sponsor oleh Abg Sham Piman.


Berakhirnya gathering GKC x PBH 2015, semua ready nak cawwww..terima kasih, semoga berjumpa lagi Gathering akan datang.

** Gambar yang mana tiada watermark gua, bukan milik gua. Credit : Cameraman Abg Poy ( Sharul Niezam Termizi )