Sunday, May 26, 2013

#BlackberryApps Meter Berry v2.5.0

Asyik - asyik pancing ? #Blackberry kembali jom !
Sekarang, gua nak share 3rd party apps untuk #Blackberry lu orang.

MeterBerry v2.5.0


Apps yang mana boleh bantu lu orang usha - usha sikit penggunaan #Blackberry.
Apps ni usha lu orang punya penggunaan bateri, memory, device etc. 


Boleh soft reset, bukan reset macam wipe tu. Ini macam restart #Blackberry tanpa pull battery. 
Tu la, sama je macam QuickPull.



Battery Log : Masa charge / tak charge boleh tahu drop / up bateri kita. Penggunaan dalam satu hari berapa banyak lost battery. Kehkeh~



Ala - ala boleh swipe ke kiri & kanan mcm smartphone touchscreen. Hehe
Malas la nak cerita panjang, boleh download & try sendiri..

Download MeterBerry 2.5.0
*Haha ! Mesti nak start apps ni minta key kan ? Jgn risau, gua dah jumpa key generator.

Download VNBB Key Generator
*Credit to VNBB Vietnam

Saturday, May 18, 2013

Reel & rod baru !

Post yang lepas, gua sudah jual reel lama oleh kerana dah bosan dengan reel tu.
Dapat duit dari buyer, gua lincah beli reel baru.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa !


Daiwa Crossfire 2500 - 3iB
Spec ? Korang cari sendiri la.. yang korang perlu tahu, reel ni memang smooth. Ada anti-reverse . Digi-gear. 3 ball bearing. Aluminum spool & percuma ABS komposit spool. 
Memang sesuai la utk casting.
Details --> Crossfire 2500 3iB
Harga dia offer RM179.00, tapi dia jual kat gua RM169.00 + percuma reel Sweepfire.

Dan, gua juga dapat satu lagi reel percuma oleh tauke kedai. 
Dia buat promo katanya, so gua kebas terus.


Daiwa Sweepfire 2B
Digi-gear. 2 ball bearing. Tidak la smooth sangat, tapi ok la. NO ANTI-REVERSE.
Details --> Sweepfire 2B

Dah tu ? Ada 2 biji reel, tapi gua ada satu rod je. Dah macam itu, gua beli lagi sebatang rod untuk reel Sweepfire ni.


Ofmer Infinity
Retail price RM46.00. Tauke tu buat promo, 50% less. Dapat la RM23.00 satu rod. 
Gua amik 6 kaki panjang je..
 So, dah boleh memancing sepuas puas nya ni.. 

Tapi, gua rasa hairan. Bila gua start join GNP88 di facebook, FH Tackles jual reel crossfire RM110. Tapi tak ada reel percuma. Gua rasa la, RM169.00 harga untuk kedua - dua reel yang gua beli. RM100 Crossfire & RM69 Sweepfire. Tanggapan gua je la...  

Thursday, May 16, 2013

Spinning reel untuk dijual

For sale | Untuk dijual


Nama item : Abu Garcia Ult 6000 Ultra Cast
Jenis Item : Spinning reel
Kondisi : 2ndhand
Kondisi luaran :5/10 calar pada bale & handle
Kondisi dalaman : 7/10 bearing problem
Harga : RM60 + RM5 pos
Lokasi COD ( cash on delivery) : Kuala Selangor / POS boleh juga
Cara dihubungi : 0132297999
Nota : Disertakan tangsi Berkley 14 pound / Percuma Soft lure & rod cokia 5 kaki / Bearing tak smooth, nak buat spare part boleh 


Nama item : Shimano Alivio 2500FB
Jenis Item : Spinning reel
Kondisi : 2ndhand *Guna sekali*
Kondisi luaran :10/10 tiada calar
Kondisi dalaman : 10/10
Harga : RM70 + RM5 pos
Lokasi COD ( cash on delivery) : Kuala Selangor / POS boleh juga
Cara dihubungi : 0132297999
Nota : disertakan tangsi Stren 10 pound
 


ALL SOLD ! Thanks buyer 

Sunday, May 12, 2013

#Blackberry Bold 9700 / 2 tukar baju

Sekarang, wa mau ajar lu orang macam mana mau tukar housing
#Blackberry Bold 9700 / 2

Apa yang lu orang perlukan adalah Housing, yang mempunyai faceplate, keyboard, battery cover, smile plate*ehh ?, middle plate. 
Dalam pengajaran kali ini, middle plate tiada. So, abaikan...


Apa yang lu orang perlukan, Torx saiz T6 & Clipper. 
Semua skru pada Bold 2 / 9700 besaiz T6. 
 Torx T6 tu boleh dapat di Hardware. Beli yang berkualiti ya. Biar la mahal, janji tahan lama. 
Clipper tu kalau tak ada, boleh guna pick guitar.
 
 Guna clipper, buka smile plate tu. Hati - hati, lock nya boleh patah. RM15 satu smile plate.
 
 Buka skru menggunakan Torx T6 *dlm bulatan merah*
 
 Cungkil faceplate dari bawah
 
Cungkil dari tepi jugaa..
 
 Angkat faceplate dari bawah keatas sedikit, pada masa yang sama..tolak ke hadapan.
Lalu, pooofs ! Tercabut..
 
Terakhir, buka keyboard.
 
So, bila nak pasang housing baru..mulakan balik step terakhir iaitu keyboard dan ke atas.
 
Video juga ada. 

FYI ! Andaikata lu orang nak beli housing, better beli yang original. Harga original tak silap gua la..RM200 ke atas. 
Yang local / cokia / kokek semua under RM100. 
Local mesti ada gap kalau dah pasang faceplate. Percayalah..