Sunday, June 30, 2013

Strike di Tasik Kota Puteri, Ijok


Alhamdulillah, ada masa yang terluang akhirnya. Masa belajar dulu boleh la strike kt Dungun, balik Kuala Selangor..hujung minggu macam hari biasa je. Selepas je solat zohor, ride terus ke Ijok. Lebih kurang jam 0300PM sampai di lokasi. Cuaca agak panas juga, tapi berangin. Jarak perjalanan dari Kuala Selangor - Ijok lebih kurang 15km. Gua maintan 80km/h je. Ramai yang memperkatakan Peacock Bass ada disini. Lantas gua mencuba nasib.


Ofmer Bad Dog

Gewang / Lure pencil yang gua gunakan adalah Ofmer Bad Dog. Action lure ni agak cantik bila karau dengan lembut. Karau laju je, mengelabah sangat. Hehehe.

Rod Ford Twin Propeller Buzz Bait

Dan, gua juga menggunakan Twin Propeller Buzz Bait. Action bait ni memang cun habis. Kocakan air memang cantik. Malangnya, 3 gewang yang digunakan tiada satu pun dapat memikat ikan. Hurm, tak ada rezeki. Ke, gua datang lambat sangat ? Selalu Peacock Bass aktif waktu pagi kan ? Tak apa la, mungkin tiada rezeki kali ini. Next week strike sekali lagi.

 Penn Battle 2000

Sebenarnya, gua dah tersilap gandingan machinegun. Penn Battle 2000 + Pflueger Echelon. Line utk rod ni hanya 2 - 6lb. Reel gua memang tak ngam dengan rod. So, bila karau..bergegar rod. Tak sedap pula nak karau laju - laju. Banyak lagi kelemahan gua ni.

Rod Ford Buzz & Spinner Bait

Spinner & Buzz Bait. 
Pertama kali guna benda alah ni. Spinner & Buzz Bait keluaran Rod Ford. Tahun bila punya dah ni, gua baru tahu. Guna je la nanti. Dikatakan Snakehead & Haruan Killer. Gua pun belum pasti. Apa - apa pun kena try..

 Twin Propeller Buzz Bait

 Slow Roll Spinner Bait

So, dekat kawasan gua baru je jual Spinner & Buzz Bait ni. Lambat betul update. Nak beli siam spoon harga RM40 & keatas. Seperti mana yang gua cakap dulu. Gewang mahal, gua simpan je. Hehe. 

 Ehsan dari Fishmax Tackle


 Rod Ford Twin Propeller Buzz Bait

Yang ni, harga jualan RM14. Tapi gua dapat RM12 je. Tauke kedai tu tak gantung lagi barang ni. Dia bagi special price kat gua. Sebat je la..


 Rod Ford Slow Roll Spinner Bait

Yang ini harga jualan RM13, gua dapat RM11. So, kedua - dua bait ni berat nya 3/8oz sama dengan 10gram. Setiap bait mempunyai 3 warna berbeza. Tak banyak pilihan la. Bait low profile macam ini la. Hehe.

Saturday, June 29, 2013

Angling Fair 2013 SACC Shah Alam 28 - 30 Jun

Hehe, pertama kali pergi angling fair ni. Maklumlah, baru berjinak - jinak dengan bidang mengilat ni. So, selepas solat jumaat..terus ke SACC semata - mata nak usha barang pancing ni. Ingatkan boleh la borong sakan, rupanya tak banyak special offer. Yang offer pun, barang mahal - mahal & barang lama. Tu je la...


Sampai je, terus cari braid line. Berkley ada buka booth, malang sekali hanya untuk tontonan sahaja. Alamak, baru nak beli Fireline. Dapat juga tengok softbait Berkley terbaru. Keluaran 2013 & 2014. Hanya tontonan juga. 

 Berkley Havoc Softbait

Tengok jenis - jenis lure, tiba - tiba di tegur amoi cun. Lalu memberikan..

 Berkley Powerbait + brochure Abu Garcia

 Antara model JDM yang akan muncul di pasaran Malaysia.

Terus ke belakang booth, nampak la Abu Garcia punya booth. Banyak barang baik. Malangnya harga keras wo.. Lupa pula ambil gambar. Hehe. Then ternampak la booth orang kaya. Haha ? Mampu tanya harga je. Tak mampu nak beli. Koyak la kalau beli...

Megabass 

Jalan - jalan lagi, ternampak la orang ramai berkumpul. Ada simulator untuk real fishing. Jigging Simulator tak silap.



 Spinning Reel jenama Quantum. 

Lure / Gewang dari Ofmer.

 Tak kenal siapa pula. Handmade lure dia buat. Terbaik !
 

Friday, June 28, 2013

Lure / Gewang Salmo

Lure Salmo buatan negara pertengahan Eropah iaitu Poland.
Baru je sampai pagi tadi dari Pahang. Kehkeh.. Gua belum test lagi, reel Penn Battle tak masuk lagi braid line. Nanti gua bagi review..

 Model : Executor 7SR
Colour : Dace
Length : 7.0cm
Weight : 8.0g
Diving depth : 1.0 - 2.0m

 Gambar ehsan dari MGFA. Kihkih

Thursday, June 27, 2013

Megabass Dog X Spook Killer

Tengok title post, gua dah dapat lure ni ! Haha. 
Penat mencari, dah dapat kena kebas pula. Nak tunggu orang beli di Jepun, tak bagi respon. 
Akhirnya ada orang Terengganu jual. Kalau tidak, dia nak jual set. Gua memujuk selama 3 hari dapat juga Spook Killer ni. 

 Megabass Dog X 
Kod warna : Spook Killer
Action : Sliding



 

Pflueger Echelon Rod

Hehe, petang tadi ke Selayang ambil dokumen MOF. 
Dalam hati, nak melencong dulu ke Rawang. Pergi kedai Ah Boy, beli rod sebatang lagi.

Pflueger Echelon


IM6 Graphite

 Spec

Code : PFLECHSP562L
Panjang : 5'6" 1.68M
Action : Light
Line : 4 - 8lb
Guide : 7
Handle : Cork

 Cork handle

Setelah belek - belek kedai dia, ternampak la casting plug. Apa pasal la masa datang dulu tak nampak benda alah ni ? Tak la rosak gewang gua. Adoi..

Berkley Casting Plug

Boleh la buat belajar casting luar rumah. Hehe. Berat 7.5g. Kemudian, ternampak pula BC rod mahal. Harga RM270.

Abu Garcia Bass Beat

Selamat jalan rod Ganko !

Tak sempat guna pun, dah dapat tuan baru. 
Gua jual sebab nak buat casting tak cun, rod Ganko ni tak ada backbone. Hehe. 
Light jigging boleh la. Rod terbang ke Kelantan. Byeeeee !

 

Monday, June 24, 2013

Rare item ! Gewang / Lure Megabass Dog X Spook Killer

Rare item yang gua akan cari. 
Megabass Dog X Spook Killer.


Lure / Gewang yang akan rare sebenarnya. Dapat dari bro WanPB di blog nya http://wanpb.blogspot.com . Info nya, lure ini memang mujarab menarik perhatian Peacock Bass. Kod warna Spook Killer. Gua ingat memang nama nya. Hehe. 
Selain dari kod warna ni, angler Malaysia juga mencari Viper Red dan Mat Tiger. Bro WanPB menyarankan supaya dengan kelajuan kilat mencari lure ni. Haha

*Bawah sekali Spook Killer*

Malam tadi punya cerita, bro Sham Piman menjual secondhand lure Megabass Dog X secara set. Yang gambar kat atas ni la. Website di kemaskini dalam pukul 1130PM. Gua tunggu sampai dia online. Gua dah tekan add to cart, gua lambat check out. Terus out of stock. Haissshh, melepas lure rare. Huuuuu~ 

Website shopping barang pancing dari Jepun. Bro Sham ni stay sana. 
Nak barang baik, terus contact dia. Tq

Sunday, June 23, 2013

Ganko Carbon Spinning Rod

Rod yang di cari oleh penggemar light jigging. Rasanya la...
 Rod Ganko ni adalah copy daripada AJN Stealth Carbon. Rod Ganko ni mempunyai 3 panjang yang berbeza, 5'6", 5'3" dan juga 5'. Sekali lagi, rasanya la.. 
AJN Stealth Carbon dari Singapura berharga RM230 - RM380. Tetapi, rod Ganko ini RM70 - RM120. Ramai kaki pancing di Malaysia mengatakan rod ini memang sesuai untuk light jigging.
Gua kurang pasti, kat tempat gua buat pancing udang galah je. Hahaha !
Jadi, gua membeli rod ini berharga RM109.




Mempunyai 7 guide ring
1 piece rod
Sepanjang 5'6" 
Lure weight 7 - 14g
Line 7 - 14lb

Tadi jumpa orang yang berpengalaman, dia cakap rod ni tak sesuai untuk casting gewang. Sebab ! Rod ini tiada backbone. Sepatutnya, tip rod sahaja yang flexible. Baru boleh mengilat jauh..

Spinning Reel / Kekili Spinning Penn Battle BTL2000

Alhamdulillah, rezeki hari ni. 
Setelah penat mencari lure / gewang Rapala Limited, akhirnya ke Fishmax Tackle,Bukit Tinggi Klang. Dari semalam gatal je tangan, nak keluar duit atau nak dapat duit. 
Akhirnya keluar duit. Ceyhhh..

 Penn Battle BTL2000

6 + 1 bearing.
Gear ratio 6.2 : 1
Full metal body. 
Superline spool.
HT-100 Drag washer.
Infinite anti-reverse.
Stainless steel main shaft.
6 shielded stainless steel bearing.
Braided ready.
Max drag 7lbs.

Gua mulakan, saiz BTL2000 ni kalau Shimano punya reel saiz 1000 lebih kurang la. Apa yang gua dapati, semasa kayuh, godek - godek, reel ni memang cun habis. Smooth semasa kayuhan. Spool memang balance masa kayuhan. Knob yang ngam - ngam dengan ibu jari. 

Untuk pengetahuan, saiz 2000, 3000 dan juga 4000 mempunyai gear ratio yang sama. Saiz 1000, 5000, 6000, 7000 dan juga 8000 gear ratio lebih kurang 5.6 / 5.3 / 5.1 : 1 sahaja. 


More & less dragging indicator

Superline spool. 

Nampak line hitam macam braided pada spool tu ? Sebenarnya, itu adalah getah. Bertujuan mengelakkan braided line tidak tergelincir semasa dragging. Alaaaa, sama je dengan spool reel lain yang ada garis - garis tu. Cuma yang ni getah. Tu jeeee..

Pada mainshaft, ada bearing untuk spool. 

Serviceable clicker. 

So, memang koyak dompet gua. Harga reel ni di antara RM230 - RM250 untuk saiz 2000. Yang saiz lain, gua tak tau. Gua akan mencuba reel ni dalam masa terdekat. Hehe.

Saturday, June 22, 2013

Found it ! SP-9 Limited Edition from Rapala

Haha ! Baru jumpa lure / gewang SP-9 ni. 
Kebetulan petang tadi nak ke Bukit Tinggi, Klang. Singgah di Klang Tackle sebelum susur masuk highway Shahpadu. 
 Saja je nak tengok, ada tak Rapala SP-9 ni, memang cun - cun ada. Memang luck la masa datang. Tak sia - sia singgah. 

 Jungle Perch = Sebarau

 Peacock bass = Ikan Raja

 Baby Giant Snakehead = Toman

Setiap lure, gua minta kurang tak boleh. Siot punya tokei..
Harga satu lure / gewang RM33.50. So, total RM100.50. Yapeddaaa 50 sen pun nak kira. 
Lagi satu, ada tinggal beberapa set sahaja. 

Coordinate google maps : 3.083954,101.44674
  Coordinate GPS : +3° 5' 2.23", +101° 26' 48.25"

Thursday, June 20, 2013

Rapala Skitter Pop SP-9 Limited Edition

Pada awal tahun 2012. 
Rapala sudah membawa masuk lure / gewang jenis Skitter Pop atau top water lure,
ia mempunyai 3 warna edisi terhad untuk pasaran asia-pacific.
Rapala Skitter Pop SP-9 limited edition


JP - Jungle perch = Sebarau
PB - Peacock Bass = Ikan Raja
BGS - Baby Giant Snakehead = Toman

Sungguh mengiurkan mungkin ? Mana nak dapat ? Kalau gua dah dapat 3 lure ni, simpan buat collection je. Takut - takut nanti putus lure ni di sambar ikan ganas. Hahaha


Gua terjumpa gambar ni di Pancing.Net
Oleh user bernama ToReX. Beliau membeli lure ni dengan harga RM25. 

Big Snake Head 

Lure seberat 14g
Berukuran 9cm panjang

Boleh cast jauh - jauh ni kalau BC / Spinning reel setting cun. 
Gua yakin gua mesti jumpa punya. 
Gua baru tahu ada edisi terhad, hehe. Maklumlah, baru start jadi angler..