Saturday, May 17, 2014

Daiwa Alphas Type R


Apa yang istimewa pasal bc ni pun gua belum pasti, dah ada J Dream, nak juga lagi adik beradik nya si Alphas Type R. Tengok balance duit dalam akaun ngam ngam untuk BC reel ni. Apa lagi, buka internet banking kasi transfer laju laju..

Kondisi ada calar halus, then ada warna terkopak. Huhu, tak apa la. Janji boleh guna. Kayuhan memang smooth.


Dengan harga RM750.00 siap pos adalah berbaloi bagi gua. Kayuhan memang lancar seperti di nyatakan. Kejujuran seller itu menyakinkan gua untuk membeli nya. 


Fuhh, memang menawan Alphas Type R ini.


Bawah reel memang tiada calar. 


Aduyai, dah nampak sikit warna terkopak tu. 


Spool tiada kemek & bengkok, cuma brake seperti kurang berfungsi dengan baik je. Ermm


Haaa, kan nampak dah. Adoi, masa karau reel mesti nampak benda alah ni. Rasa nak kopek je warna ni. Kehkehkeh, apa apa pun terima kasih kepada bro Razman Hashim atau nama facebook Mant Fosa 


Thursday, May 15, 2014

Hedgehog Spool Pin Remover + ZPI Flat Knob


Alhamdulillah, baru kali ini dapat buka spool pin. Gua beli spool pin remover jenama hedgehog studio. Amat amat mudah untuk membuka nya. Hehehe, alang alang dah buka, shielded bearing di kopakkan sekali la. 

Bila tengok Daiwa J Dream punya knob, rasa seperti terlalu lama tambahan pula mempunyai kesan calar yang sangat ketara. Terrrrr-Racun punya pasal, beli la ZPI Flat Knob + Cap gold. Memang cun, pegang pun sesedap rasa je.

ZPI Flat Knob RM160.00
Hedgehog Spool Pin Remover RM85.00

Trusted seller : X Custom Gear

Monday, May 12, 2014

Part yang perlu ada minyak & grease


Seringkali kita servis, mesti letak minyak & grease. Hanya part part tertentu sahaja yang pelu diletakkan minyak & grease. Salah letak, konfirm reel jadi berat. Mehh jom gua nak cerita part mana yang perlu di letakkan minyak & grease..



Wormshaft, kenapa ? Part yang selalu bergerak jika kita mengayuhkan handle untuk kemasukan mainline dalam spool. Pawl juga perlu letak grease. Gua kategorikan ia sebagai kerja berat. Itu sebab pelu diletakkan grease. Sama juga 






bearing , perlu diminyakkan. Minyak untuk bearing ini kalau boleh guna la yang senipis nipis nya, kerana bearing bc reel ini halus saiz nya. Bearing pun kategori kerja berat, akan tetapi ia tidak boleh diletakkan grease oleh kerana kelikatan grease telalu kasar. Sambil kita kayuh, laju perlahan, tekan thumbar & cast..bearing berpusing laju pada setiap masa. 

Minyak Daiwa yang gua guna ini ok juga, belum ada masalah. Nak sedap lagi, Achemy Oil dari Hedgehog Studio, harga lebih kurang RM40. 


Yoke, part di mana memegang pinion gear, supaya boleh free spool semasa cast. Apabila on spool, pinion akan bergerak manakala yoke akan memegangnya. Masih juga kerja berat.


One way clutch, part paling sensitif. Letak grease, confirm boleh reverse. So, kalau boleh titiskan minyak sahaja. 


So, dah bagi tips..nak duit. Kekeke. Gua gunakan Daiwa Perfomance Grease & Reel oil. Lebih kurang RM50.00 je untuk kedua dua benda alah ni. Boleh guna mehhh...

Kehadiran nya tidak di duga

Assalamualaikum semua, lama betul tak update blog gua. kehkeh, sibuk ke ? Tak ada lah, gua malas betul nak update. Nak menaip. nak fikir ayat. Adoi mak aih, kali ini dengan azam baru gua update juga. Kekekeke

Kehadiran kekili bc yang baru membuatkan gua tak update blog, syok sangat guna. Smooth je cast, kehkeh. Malangnya belum dapat menaikkan ikan. 1 bulan yang lepas, gua menjual Shimano Scorpion XT 1001 kepada member Banting, dengan harga RM600 terpakai kondisi cemerlang. Gua ditawarkan sebuah kekili bc jenama Daiwa, iaitu.....



Daiwa Zillion J Dream 6.3

Gua beli dengan hanya topup RM400, untuk swap suka sama suka dengan Scorpion XT. Keadaan reel tidak mengecewakan, calar halus 2 3 tempat sahaja. Knob pun calar sikit. Akan tetapi, sampai sahaja parcel. Reel handle bengkok sedikit, agak sukar untuk loose drag kerana sangkut. Gua bengkok balik handle. Ok ! J Dream ini juga menggantikan tempat Revo Elite IB yang sudah di pinang oleh Abg Daniel. Pertama kali menggunakan reel sebegini mahal. Sejujurnya cakap la kan, memang smooth reel ini. Kayuhan yang sangat lancar. Jadinya, reel ini masih dalam ujikaji..nantikan upate terbaru