Friday, September 12, 2014

Haruan pada Ultralight

Spool dah di isi dengan mainline 4lb, tangan pun dah mula gatal nak mengilat. Memang tak tahan nafsu, nak casting je. Apa lagi, cubalah nasib di parit parit. Kebetulan nak ke Kunci Air belakang rumah, air terlalu cetek. Nampak juga kelibat Haruan..


Cast 2 3 kali, strike anak Haruan. Kihkih, terus hanyir Orra 1000s gua ni..


Agak rakus juga, habis di telan Soft Plastic Kanicen Nix. Tapi tak kuat mana ia melawan. Jadila daripada kumpow je. Ultralight memang best, tak lama lagi agak agak bosan, elak gua jual je rod Basspara ni. Nak ambil rod Jackall Calico, 7' 5" ... Extreme Ultralight..

Posto posto, spinning reel JDM sampai !


Pagi pagi dah check tracking number EMS, dari minggu lepas fikir bila la nak sampai benda alah ni.. Adoi ! Alhamdulillah, sampai juga dari Jepun. Inilah pengganti Daiwa Revros 1003MX.


Kiri, Abu Garcia Cardinal C301MS. Spinning bersaiz 1000 kalau tak silap, istimewa sikit. Shallow Spool ! Hehehe, tujuan beli memang untuk layan Ultralight. Tapi, reel Cardinal ni milik Abg Aswadi, gua hanya tolong membelikan sahaja. 

Yang kanan, tanpa kotak, Abu Garcia Orra 1000s. Yang ini baru gua yang punyaa. Semestinya Shallow Spool. Cardinal yang gua dapat ini, kondisi luaran 9/10, senang cerita calar sikit sangat. Cuma kurang sedap karau, mungkin reel lama perlu diservis.  


Lupakan Cardinal itu, teruskan dengan Orra gua..


Reel ini berstatus terpakai, maklumlah..susah sikit nak dapat yang baru. Kalau ada member yang sanggup belikan disana ok juga. Calar bahagian belakang itu je..


Mainline 4lb yang mengisi penuh spool Orra ini. 


Mempunyai bearing pada drag knob, malah..bush pada shaft boleh digantikan dengan bearing juga. Knob handle hanya di pasang bush, masih lagi boleh menggantikan bush tersebut dengan bearing. 

Sunday, September 7, 2014

Snake Head / Haruan, di parit tepian jalan.

Saja saja pusing Kampung orang, ternampak la sebuah Excavator bersihkan parit parit. 5 6 kali lalu, terasa gian pula nak casting. Nampak macam tiada penghuni. Kebetulan pula hari ni nak hantar kad kahwin, sempat selitkan set HANTU dalam kereta. Singgah lokasi kejadian, tak kira kumpow, air jernih & ada spot spot terlindung dengan rumput mati. 


2 3 kali cast, ada yang mengejar. Dah nampak la kelibat Haruan. Tukar lokasi, cast jauh sikit je, strike seekor anak Haruan. Kihkih. Si kecik ni bantai Mazzy Frog 40, pelahap betul. Rasa nya memang betul betul lapar ni..




Proven ! Terbukti ! Viva Mazzy Frog menarik perhatian si Haruan. Lepas strike seekor si kecik, gerak kedepan sikit. Agak jernih juga airnya..nampak juga kelibat Haruan. Anak anak lagi..


Timbunan semak yang mati menjadi perlindungan / tempat teduhan Haruan. Kita kacau sekali lagi. 2 3 kali cast, strike lagi seekor Haruan. 


Saiz kecil macam ni tak berani nak sentap, terpaksa la kayuh perlahan. Alhamdulillah mulut tak berdarah. So, semua Haruan yang strike gua lepaskan ke tempat asal nya. Terima kasih set Hantu Medium Heavy gua, banyak berjasa..

Untuk peringatan member member caster, amalkan catch & release ( C & R ). 

Nak balik rumah je, singgah lagi satu port. Air nya jernih + perang, sebab di tepian nya kawasan sawit. Agak lama sudah di bersihkan. Nampak 2 3 kali sesuatu naik ke permukaan, malangnya tiada sabaran. Apa lagi, ambil gambar je la..