Wednesday, June 24, 2015

GKC x PBH Gathering 2015

Selamat pagi.
1 / 2 / 2015 Air Kuning, Kampar, Perak, Malaysia.



Seawal jam 8PG, berjumpanya gua dengan legend legend MFN thread Geng Kaki Casting & Peacock Bass Hunter di Air Kuning, Perak. Rasa segan silu, maklum ler, teman masih baru dah jumpa legend. Kekeke. Gua datang sini nak ikan, geng lain datang irat silaturrahim. Pukul 930AM start aktiviti casting. Bersepah semua geng mencari port.



Memang betul sangkaan Abg Wadi, dia dah beritahu gua keadaan lombong masa ini. Air surut, tiada aktiviti PB, rise pun tak nampak. Hanya angin mendayu dayu. Ultralight setup terhad penggunaan nya. Dapat dengar jeritan geng lain, memang sah dapat seekor PB berukuran 52CM. Maaf la, tak ada gambo pulak. Penat woi..


Masa ni, nampak la seorang Pahlawan Sang Merak yang bernama Sham Piman a.ka Yakuza. Kekekeke. Masih steady lagi casting walaupun matahari dah terpacak. Superb la ! Malu gua yang muda ni lemah..hahaha


Dapat juga merasa pegang set beliau, gandingan Daiwa Steez SV dipadankan dengan Tulala Lite Wire & gewang Tiemco Riding Pepper. Sungguh smooth cast, meleleh...


Agak panas, ehh..memang panas woi di Air Kuning. 


So, inilah dia pemenang no 1 ! Dengan PB sepanjang 52CM. Wooooooooooooo ! Tahniah brader. Lupa pula nama nye, dapat beg Gee Crack + SP banyak sikit, keke sponsor oleh Abg Sham Piman.


Berakhirnya gathering GKC x PBH 2015, semua ready nak cawwww..terima kasih, semoga berjumpa lagi Gathering akan datang.

** Gambar yang mana tiada watermark gua, bukan milik gua. Credit : Cameraman Abg Poy ( Sharul Niezam Termizi )

Perjumpaan pemburu sang merak

Sambungan post lepas.........


Udahnya, call Abg Z, berjumpa di pekan Air Kuning. Makan, Minum, Sembang, Solat, terus ke Air Kuning. Rugi la tak casting lama lama tempat legend ni. Sambung sesi panjang tangan. Kekeke



Abg Z dengan PB pertama beliau. Wander repaint katanya. Apa apa pun, tahniah !
So, sehingga lewat petang, gua & Abg Wadi memutuskan untuk menginap di hotel Langkap untuk keselesaan kami. Geng lain berkhemah di Lombong Air Kuning.


Erm, sengaja gua upload gambar ni sebab gua panas hati tengok PB asyik naik je guna Ultralight Setup. GGGrrr..


Tuesday, June 23, 2015

Memburu sang merak stadium Air Kuning

Hahaha, sebulan chorr teman tak update blog. Ok la tu dari Master Bidor senyap je..kikiki, jangan marah abg wan, gurau je ye. Okayyyy ! So, bulan 1 & 2 punya cerita, baru nak update bulan 4. Hahaha, perahhhhh otak nak memikir ni..

Gathering GKC & PBH. Pertama kali menyertai Gathering seperti ini. Dapat kenalan baru, yang penting legend legend lama la... Hari Jumaat janji dengan Abg Wadi, nak gerak pukul 4PG Sabtu, last last bangun pukul 7PG, kahkahkah..malam sembang punya lebat, esok haremmm..dah pickup Abg Wadi, terus Hutan Melintang makan rojak Mastan Ghani..woishhhhhh, meleleh woi..


Masih awal lagi ke Air Kuning, kami buat keputusan nak terjah port PB kecik kecik. Maklumla, nak rasa lagi tarik PB..kikiki


Memang nampak sang merak boiling, rasanya inilah masa yang sangat sesuai ataupun nasib menyebelahi kami. Dari pukul 9PG, sehingga lah pukul 1TGHARI..kami dapat PBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB


1st strike teman, 28CM je dengan setup BFS. Erm, tak rasa apa pun. 

Rod : Majorcraft Volkey BFS 4-14lb 6'9"
Reel : Abu Garcia Revo LTZ AE74
Line : Berkley Vanish Transition 12lb
Lure : Duo Realis Minnow 80SP

Tiba tiba, Abg Wadi pula dapat...


Dengan setup Ultralight, menggunakan Drop Shot Rig. Memang superb habiss..ingatkan dia dapat sekor je, rupanya...erm, makin bertambah..adoi..


Dan lagii...


Memang pada hari ini mungkin nasib menyebelahi kami, bayangkan la pukul 1TGHARI, dengan Matahari terpacak, boiling PB merata rata di port ini.




Inilah Duo Poco Poco, gewang topwater yang paling kerap menaikkan sang merak pada hari itu. Cukup teruja gua, memang syokk walaupun PB sebesar pelempang. Hahaha


Haha, ini antara PB yang gua berjaya naikkan menggunakan Yo Zuri LC Minnow. 


Pada hari itu, kemenangan berpihak kepada Abg Wadi. Founder Ultralight Malaysia kan..terbaikkk ! VICTORYYYYYYYYYYYYYYY

*Semenjak hari itu, hanya ULTRALIGHT gua percaya. #PercayaMikro