Monday, February 10, 2014

Abu Garcia Revo Premier Gen 2

Alhamdulillah, lama juga pencarian reel ni. Akhirnya dapat juga 
Abu Garcia Revo Premier Generation 2 !!!!!! 


Terima kasih pada Abg Zack yang mention gua di facebook pasal post jualan combo Abu Garcia Revo Premier & Shimano Scorpion XT1001 ini. Tuan reel ini tidak meletakkan no telefon. Lantas gua terus PM dengan setuju terima harga yang di tawarkan. Abg Faizzal tu reply gua yang dapat set ni. 

Hari sabtu, pukul 3 gua COD dengan dia. Memang best, dia beritahu gua yang reel ini hanya di buat spare semasa casting. Dia ni jenis tak suka serabut. Bau gua faham, dan dia juga baru sahaja ambil Tatula Type R. So, reel ini di jual untuk cover balik duit yang dia beli Tatula tersebut. Hehe. Harga kedua dua reel ini ? Taknak cakap..haha.


Infini brake


Infini brake design, sama sahaja dengan Revo Elite IB. 


Gua memilih Majorcraft Corkish untuk bergandingan bersama Revo Premier ini. Gua pilih untuk melayan heavy game.


Ini lah dia Shimano Scorpion XT 1001. Gua memang tak pernah guna reel ni. Reel ini akan di pair dengan sebatang rod custom oleh CRB gua. Hehe.  

No comments:

Post a Comment