Lama dah mencari, yang baru ada juga cuma poundage line hanya 10-16lb. Baru - baru ini, anak Malaysia yang bekerja di Jepun..akan pulang membawa rod - rod Jepun. Salah satunya Majorcraft Corkish. Harga dalam RM600. Nak beli atau taknak dalam fikiran gua. Peluang ini hanya sekali, belum tentu ada lagi.
So, gua buat keputusan untuk tidak membeli nya. Kelmarin, muncul sebatang rod ini di jual lebih kurang RM380 keadaan terpakai. Memikirkanya 2 3 kali sebab terpakai. Gua ambil terus. Dengan harapan kondisi tiptop, rupanya tidak. Hampa, dengan rasa kesian..ambil juga rod tu. Kesian pada orang tu datang jauh dari Maran, Pahang.
Kondisi sarung yang agak daif.
Spec
Panjang : 6 kaki 5 inci
Poundage : 12 - 20lb
Berat gewang : 1/4 - 1 Oz
Action : Fast
Cork handle yang agak lusuh, ada pecah pecah sedikit.
Guide mempunyai karat - karat. Gua beranggapan owner asal tak jaga rod ni. Konfirm, lepas guna tak cuci.
Lambang kemegahan rod kian uzur.
So, lepas COD di Kampung Melayu Subang. Gua terus cabut, balik Kuala Selangor. Singgah kedai Sarip, beli 1 tin coca cola. Nak bersihkan karat pada guide.
Ini semua tengok youtube, coca cola boleh hilangkan karat.
Menggunakan cotton bud, celup cotton bud dalam coca cola. Sapu pada guide.
Settle ! Semua guide sudah bersih tanpa karat. Cuma yang tinggal tapak nya sahaja. Tu tak pasti macam mana nak hilangkan