Saturday, December 14, 2013

Cork handle gred A dari Majorcraft

Sudah selesai bersihkan semua guide rod Corkish, tinggal cork handle sahaja yang kusam. Ingat nak hantar ke kedai untuk gosok + epoxy handle tu. Nasib baik ada group ' Malaysia Custom Rod Builder ' , sempat juga gua tanya sebelum hantar. 

Baru tahu, cork handle Majorcraft Corkish ni rupanya gred A. Mereka sarankan untuk basuh guna span & sabun basuh pinggan sahaja.


Keadaan sebelum. Memang agak kusam.


Keadaan semasa. Hanya guna sabun basuh pinggan je.


Keadaan selepas.


Kemudian, mereka menyarankan untuk sapu Cork Sealant pada handle ini supaya cork lebih tahan lama. Gua belum sempat nak beli, maybe next week lepas dapat duit gaji. So, nantikan...

No comments:

Post a Comment