Micro Spinnerbaits dari Ofmer. Berat tak pasti berapa gram. Sesuai sangat untuk Peacock Bass. Harga RM8.50
Aku memerlukan satu hobi. Salah satu nya, memancing. Dengan memancing, aku dapat mengenali & mempelajari hidupan hidro terutama nya Ikan. Setup yang digunakan seharusnya sepadan dengan target ikan. Kepuasan melayan ikan itu adalah matlamat utama. #GengKakiCasting #ScamAnglingSociety
Saturday, August 31, 2013
We Believe In The Reality of Goemon, Go - Emotion
Baitcast rod Major Craft Go - Emotion pengganti rod Abu Garcia Red Boron.
Hampir satu bulan rod ini di tempah kat Chong. Chong jahat, gua nak prepare duit..dia kata nanti bincang sampai kedai. Gua ready RM400, takut sangat tak cukup.
Rod jepun yang tiada warranty.
Spec
1 piece rod
Length : 6 feet 3 inch
Lure weight : 3/16 - 1/2 gram ( 5 - 14 gram )
Line : 8 - 14 lbs
7 Fuji guide
Fuji reel seat + EVA Handle
Split handle.
Spinning Reel Abu Garcia Cardinal STX5
Ultralight ? Gua masih anggap Cardinal STX5 ini bukan Ultralight.
Pendapat gua la, selalu reel UL menggunakan shallow spool. Kali ini, gua terpaksa membeli nya sebab dah gian sangat nak match dengan rod Basspara UL.
Reel saiz kecil je, lebih kurang saiz reel Tica Cetus. Gua membeli combo set, bersama rod Timberwolf Fieldream Forza 4 kaki dengan harga RM240. Rod hanya RM85, jadinya reel ini berharga RM155. Boleh la, cun je guna.
2, 4 & 8 lbs boleh masuk dalam spool ni. Tetapi, gua masukkan Fireline Fused 6 lbs sebagai mainline.
Haaa, ni spec nya. Baca la sendiri. Penat gua nak tekan keyboard.
Gawas Carbon Leader
Gawas Carbon Leader.
Bukan kerana jenama gua membeli carbon leader ni. Gua beli kerana lupa nak beli masa di kedai Chong 2 minggu lepas. Fuhh, harga nya di Kuala Selangor RM35. Gua belum try keadaannya di air. Rasanya bukan 100% FC
Spec
PE : 6.0
Poundage : 20 lbs
Diameter : 0.40 mm
Length : 30 m
Sunline Shock Leader ni 100% Fluorocarbon. Gua sudah test di air. Harga RM30. Bila tengok diameter antara Sunline dan Gawas. Poundage sama, diameter berbeza. Lebih baik ambil Sunline.
Monday, August 26, 2013
Rapala MFR3
Rapala Mini Fat Rap 3
Gewang mini yang amat comel, killer untuk haruan. Rasanya la,gua belum pasti.
Gua membeli nya dengan harga RM28. Memang mahal, area kedai gua memang cekik darah sikit. Nak tak nak, kena beli. Gewang ini gua guna untuk ultralight set je.
Spec
Swimming depth : 3 - 6 kaki
Lenght : 3 cm
Weight : 4g
Code colour : Brook Trout
Made in : Estonia
Comel je pegang.
Dekat lips ada tulis Rapala. Hehe
Viva Mazzy Frog
Viva Mazzy Frog
Gewang katak import dari jepun, dengan harga yang amat berpatutan. Mempunyai dua saiz iaitu 40mm & 32mm. Renangannya ketika berada di air, sangat cantik apabila 2 kelopak ekor nya bergerak. Gua baru je sebat sebiji, harga RM32.00.
Ada 2 saiz & berat.
MF-40 : 40mm / 8g *ketika kering* 12g *ketika basah*
MF-30 : 32mm / 4g *ketika kering* 5.5g *ketika basah*
Kenapa ada ketika kering & basah ? Mazzy Frog ni ada 2 lubang untuk di masuki air. So, air akan masuk dalam badan katak ni. Jadi la berat sikit. Kalau nak ringankan balik, tekan la badan katak ni supaya keluar air.
Ada 2 lubang untuk di masuki air. Gewang ni jenis sinking.
Chong ada beritahu gua, bila gewang ni dah kena strike. Konfirm bentuk badan nya dah lari sikit. So, better ikat bahagian hadapan muncung dengan benang dan gam gajah.
Bahagian bawah ni boleh di cabut, bila strike je..mesti lari kedudukannya. So, kena alignment balik kedudukannya. Action akan lari kalau tak betulkan.
Bermacam warna, so.. atas pilihan sendiri utk memilih nya.
Friday, August 9, 2013
No Maximum, No Minimum, Ultra Super Sonic Jet Caster. This is Basspara
Ultralight Rod
Rod yang dimana poundage line nya dari 1 - 7lb sahaja. Gua pun kurang pasti sebab baru terkena racun oleh Chong Kit Soon. Ia mestilah dipadankan dengan reel bersaiz 1000 / 500 shallow spool. Reel yang tidak shallow spool pun tak apa. Cuma reel shallow spool ini lagi ringan. Line pula, mestilah berkekuatan dari 1 - 7lb sahaja.
Rod Major Craft ni made in China, nak beli made in Japan tak mampu. So, gua dapat rod ni dengan harga special price RM195 je. Gua sempat order sebelum raya, kalau tak melepas la rod ringan ni
Spec
Name : Major Craft Basspara BPS-632UL
Length : 6 feet 3 inch
Lure weight : 1/32 - 3/1 oz
Line : 3 - 6lb
Kesemua guide dari Fuji Guide.
Cork + Eva handle, mempunyai split butt. Reel seat dari Fuji.
Mesti ramai yang akan mempersoalkan, boleh ke tarik ikan ? Selalu nya line poundage bawah 7lb rod udang galah, tilapia, puyu. So, adakah anda ragu ragu tentang Ultralight Set ini ? Ramai sudah membuktikannya rod ringan ini sudah pun mengalahkan Patin, Siakap, Peacock Bass dll.
Untuk info lebih, kunjungi group Facebook Ultralight Angler
Wednesday, August 7, 2013
Farang Ba Creations, Jump Frog
Farang Ba, Premium Handmade Fishing Lure Thailand.
Satu jenama dari Thailand menghasilkan gewang - gewang killer untuk Toman.
Semua gewang adalah handmade. So, gua membeli salah satu gewang Farang Ba iaitu Jump Frog yang material nya adalah Teak Wood / Kayu Jati. Pelbagai warna di jual, gua hanya sempat beli warna hitam sahaja memandangkan warna lain habis di kebas orang.
Ini sahaja yang gua dapat, boleh la di cuba selepas raya nanti. Gua beli di Sg Buloh Kepong, Fish Hook Trading berharga RM30 satu. Ada satu lagi warna lain, iaitu ungu. Pilih hitam sahaja la.
Material dari kayu jati. Saiz 5.5 cm rasanya. Seberat 12 gram.
Mempunyai 2 cabang hook yang agak besar, hehe. Yang macam serabai tu getah je. Hehe. Video dari Youtube.
Tuesday, August 6, 2013
Cara - cara pos joran
Deliver joran kemana mana ? Boleh ke ? Patah macam mana nanti ?
Gua sudah 3 kali pos rod ke Kelantan, Sabah & Perak. Alhamdulillah, semua selamat sampai tanpa patah / rosak. Hehe
Gua pos rod selalunya guna paip PVC warna kelabu yang murah je. Guna bubble wrap dan styrofoam. Rod / Joran ini mudah patah jika terhentak, atau terhempas. Untuk mengelakkan patah pada cincin / guide, ia mestilah dibalut oleh buble wrap. Bubble wrap mempunyai gelembung udara untuk menerima hentakan. Tidak perlu risau jika rod terjatuh.
Paip ? Cari paip sebesar cincin / guide paling besar. Kalau boleh ada longgar sedikit lagi bagus. Di sini gua gunakan 2 inci punya paip. Panjang ? Ukur joran anda, kalau boleh lebihkan sedikit je. Jangan ngam ngam, kang susah nak tutup.
Paip ? Cari paip sebesar cincin / guide paling besar. Kalau boleh ada longgar sedikit lagi bagus. Di sini gua gunakan 2 inci punya paip. Panjang ? Ukur joran anda, kalau boleh lebihkan sedikit je. Jangan ngam ngam, kang susah nak tutup.
Bahagian handle, reel seat & guide akan di balut dengan bubble wrap
Tip guide paling penting di balut bubble wrap, bahagian ni la paling senang patah kalau terhentak. Menangis kalau patah woi.
Styrofoam, benda alah di gunakan untuk menutup & memegang rod supaya menerima serapan bila terjatuh. Alaaa, macam absober menyerap hentakkan.
Potong styrofoam ikut paip pvc tu, kasi ngam ngam je masuk.
Styrofoam yang telah dipotong tadi, buat la mcm ni untuk memegang tip & handle rod.
Cuba test dulu masukkan rod dalam PVC
Rasa - rasa dah ngam ngam, tutup terus paip PVC. Guna la stopper, kalau nak save duit..tutup dengan kotak, salotep tebal tebal. Settle... Potongan styrofoam ni untuk buat damper je.
Pos Laju - lajuan
Update sikit sebelum Hari Raya.
Cara mengisi borang Pos Laju. Maklumlah, ramai yang kurang tahu cara nak mengisi nya. Meh sini gua tunjukkan. Simple je..
Nota kiriman domestik dalam negara *Malaysia*
Now, borang ni hanya lah untuk penghantaran dalam negara sahaja. Gua pun belum pasti slip ini adalah yang paling terkini atau ada yang lebih terkini. Sama je setiap borang. Cuma kena isi bahagian yang paling wajib di isi.
Bahagian pertama
Bahagian ini memang penting & wajib di isi oleh pengirim. Pastikan semua nya betul. Kadang kala, si pengirim akan meletakkan nama, alamat dan tel palsu demi tidak di kesan oleh si penerima. Pada pandangan positif, ia cara terbaik untuk mengelakkan pengirim di kesan dari niat jahat orang lain. Dari pandangan gua la..
Bahagian kedua
Bahagian ini pun sama juga. Paling wajib di isi untuk penerima. Kalau salah nama mungkin boleh menerima kiriman nya. Andai kata salah alamat & tel kemungkinan akan di hantar pulang kepada pengirim atau hold di pejabat Pos Laju. So, kena la selalu update. Hehe
Tracking number
Tracking number, nombor rujukan di mana kiriman anda berada. Contoh baru keluar dari pejabat Pos Laju, sedang proses di Center Pos Laju, sedang deliver kepada pengirim. Peringatan, kepada seller online tolong sangat sangat jangan mendedahkan tracking number ini di khalayak ramai. Konfirm kalau terdedah kiriman anda tidak akan sampai ke tangan anda. Hehe. Kemungkinan strangers akan ambil dulu sebelum kita dapat. Kadang kala kecuaian staff Pos Laju leka bila orang nak collect barang, tapi tak ambil IC. So, kita takkan tahu siapa yang ambil kiriman itu.
Keterangan kandungan
Selalunya tak perlu tulis pun tak apa. Untuk kepentingan kiriman tu, sebelum terjadi apa apa. Better tulis je barang tersebut serta nilai nya. Nilai nya letak la 2 / 3 kali ganda dari harga asal. Mana la tau barang tu pecah & rosak mungkin boleh claim dekat Pos Laju atas kecuaian tersebut.
Pengakuan
Pengakuan ini pun selalu nya pengirim terlepas pandang nak isi. Jika keterangan kandungan tu anda isi, tetapi pengakuan anda tidak di isi. Maka nya, jika nak claim barang yang rosak tu serta merta batal / tidak boleh claim. Ini adalah point penting untuk Pos Laju menyalahkan kita. Haha, nanti dia salahkan kita kenapa tak tandatangan di ruang ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)