Deliver joran kemana mana ? Boleh ke ? Patah macam mana nanti ?
Gua sudah 3 kali pos rod ke Kelantan, Sabah & Perak. Alhamdulillah, semua selamat sampai tanpa patah / rosak. Hehe
Gua pos rod selalunya guna paip PVC warna kelabu yang murah je. Guna bubble wrap dan styrofoam. Rod / Joran ini mudah patah jika terhentak, atau terhempas. Untuk mengelakkan patah pada cincin / guide, ia mestilah dibalut oleh buble wrap. Bubble wrap mempunyai gelembung udara untuk menerima hentakan. Tidak perlu risau jika rod terjatuh.
Paip ? Cari paip sebesar cincin / guide paling besar. Kalau boleh ada longgar sedikit lagi bagus. Di sini gua gunakan 2 inci punya paip. Panjang ? Ukur joran anda, kalau boleh lebihkan sedikit je. Jangan ngam ngam, kang susah nak tutup.
Paip ? Cari paip sebesar cincin / guide paling besar. Kalau boleh ada longgar sedikit lagi bagus. Di sini gua gunakan 2 inci punya paip. Panjang ? Ukur joran anda, kalau boleh lebihkan sedikit je. Jangan ngam ngam, kang susah nak tutup.
Bahagian handle, reel seat & guide akan di balut dengan bubble wrap
Tip guide paling penting di balut bubble wrap, bahagian ni la paling senang patah kalau terhentak. Menangis kalau patah woi.
Styrofoam, benda alah di gunakan untuk menutup & memegang rod supaya menerima serapan bila terjatuh. Alaaa, macam absober menyerap hentakkan.
Potong styrofoam ikut paip pvc tu, kasi ngam ngam je masuk.
Styrofoam yang telah dipotong tadi, buat la mcm ni untuk memegang tip & handle rod.
Cuba test dulu masukkan rod dalam PVC
Rasa - rasa dah ngam ngam, tutup terus paip PVC. Guna la stopper, kalau nak save duit..tutup dengan kotak, salotep tebal tebal. Settle... Potongan styrofoam ni untuk buat damper je.
Salam tuan..bole tau berapa kos semua utk pvc n caj pos? Dan tuan guna kurier yg mane?. Sgt2 membantu klau tuan dapat bagi info.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, kalau kos PVC + POS pada tahun lepas RM8.50 sahaja menggunakan PosLaju dgn kaedah timbang berat..saya dengar tahun ini agak mengila harganya..rasa mereka menggunakan ukuran metrik.
ReplyDeleteowh..ok2 trima kasih tuan. Ni nak pos utk customer tapi kami tk penah lg pos rod. Takut patah lak..TQ lg skali utk reply.
DeleteAsslm.mana nk beli styrofoam tu? Ada yg jual borong segulung ke cmne? Pls rply..
ReplyDeleteWaalaikumsalam, kena beli tv baru dapat. Hahaha. Saya dapat dari bengkel kereta, mereka beli sparepart, akan dapat sekali styrofoam tu juga. Tak beli.
Deletesalam tuan mcm mana nak lekatkan note alamat pos dan pengirim tu yer
ReplyDelete