Wednesday, December 18, 2013

#5 Supertuned Redmax

Dukacita sebenarnya, custom part sampai lagi. Tapi terpaksa jual bc Supertuned, tak mengapa..akan gua terima pemergiannya. 


2 part yang sampai sebentar tadi, level wind cap & level wind shaft. 2 minggu lagi mesti sampai level wind tube. Adoi..nak kena jual balik semua ni.

Sunday, December 15, 2013

#4 Supertuned Redmax : The Plan


Perancangan : Nampak tak thumbar Revo series & Max series ? Sama lebar, adakah kemungkinan memang match ? Buat sementara waktu ini akan cari thumbar Revo dulu, sebab Hedgehog Studio belum keluar di pasaran. 

Saturday, December 14, 2013

Cork handle gred A dari Majorcraft

Sudah selesai bersihkan semua guide rod Corkish, tinggal cork handle sahaja yang kusam. Ingat nak hantar ke kedai untuk gosok + epoxy handle tu. Nasib baik ada group ' Malaysia Custom Rod Builder ' , sempat juga gua tanya sebelum hantar. 

Baru tahu, cork handle Majorcraft Corkish ni rupanya gred A. Mereka sarankan untuk basuh guna span & sabun basuh pinggan sahaja.


Keadaan sebelum. Memang agak kusam.


Keadaan semasa. Hanya guna sabun basuh pinggan je.


Keadaan selepas.


Kemudian, mereka menyarankan untuk sapu Cork Sealant pada handle ini supaya cork lebih tahan lama. Gua belum sempat nak beli, maybe next week lepas dapat duit gaji. So, nantikan...

Kotak lure Ima


Jepun Jepun Jepun, lagi barang Jepun. Memang nak sangat lure box Evergreen, malangnya habis stock. Ambil je la lure box Ima ni. Harga pun lebih kurang Evergreen. Hanya RM35.00 je. 


Box ni adalah detachable slot, lure besar & kecil semua boleh masuk.


Sebagai contoh la, paling besar buzzbait. Kena melintangkan sedikit.

Dari Jepun, ke Malaysia

Hampir 2 bulan order lure & cap. Akhir nya sampai juga ke tanah air. 
Yang sebelah kiri tu pun dari Jepun, tapi singgah di Sarawak dulu sebelum sampai ke semenanjung.


Antara barang yang sampai pagi tadi adalah,


Hedgehog Studio part, untuk Redmax Supertune gua. 
Apa ada di dalam kotak ? 




Topi Abu Ambassadeur, topi lama keluaran Purefishing Jepun. 
Nak juga rare dari orang lain. Kehkehkeh


Antara gewang yang sampai, Megabass X Pod & Crankbait Tifa Shape 21g. 

Lagi secondhand lure


Terpakai dari Pahang, orang yang sama gua beli rod Majorcraft Corkish. Haha, 
Memang sangat murah dia jual pada gua. Thank you Bro Shahril !

Sunday, December 1, 2013

Baju Team MyAGFC

Gua sebahagian daripada team MyAGFC.


Compilation Of Experience, Majorcraft Corkish

Lama dah mencari, yang baru ada juga cuma poundage line hanya 10-16lb. Baru - baru ini, anak Malaysia yang bekerja di Jepun..akan pulang membawa rod - rod Jepun. Salah satunya Majorcraft Corkish. Harga dalam RM600. Nak beli atau taknak dalam fikiran gua. Peluang ini hanya sekali, belum tentu ada lagi. 

So, gua buat keputusan untuk tidak membeli nya. Kelmarin, muncul sebatang rod ini di jual lebih kurang RM380 keadaan terpakai. Memikirkanya 2 3 kali sebab terpakai. Gua ambil terus. Dengan harapan kondisi tiptop, rupanya tidak. Hampa, dengan rasa kesian..ambil juga rod tu. Kesian pada orang tu datang jauh dari Maran, Pahang. 



Kondisi sarung yang agak daif.


Spec 
Panjang : 6 kaki 5 inci
Poundage : 12 - 20lb
Berat gewang : 1/4 - 1 Oz
Action : Fast


Cork handle yang agak lusuh, ada pecah pecah sedikit.



Guide mempunyai karat - karat. Gua beranggapan owner asal tak jaga rod ni. Konfirm, lepas guna tak cuci. 


Lambang kemegahan rod kian uzur.

So, lepas COD di Kampung Melayu Subang. Gua terus cabut, balik Kuala Selangor. Singgah kedai Sarip, beli 1 tin coca cola. Nak bersihkan karat pada guide.


Ini semua tengok youtube, coca cola boleh hilangkan karat.


Menggunakan cotton bud, celup cotton bud dalam coca cola. Sapu pada guide. 




Settle ! Semua guide sudah bersih tanpa karat. Cuma yang tinggal tapak nya sahaja. Tu tak pasti macam mana nak hilangkan