Monday, January 20, 2014

D.I.Y Cork Sealant


Post lepas dah beli Cork Sealant dari Custom Rod Builder Puchong. Hari ini baru sempat nak sapu cork sealant. 


CRB tu dah pesan, sapu satu layer je. Nasib tak ada rod dryer, kihkih..


Proses pengeringan, Corzza & Corkish gua sapu..

Sunday, January 19, 2014

Koyakkk tak sudah

Tak putus putus barang sampai ke rumah, haishh. Memang sengaja nak koyakkan dompet ni. Casting jarang sekali. Haha !




Salah satu nya lure Gary Yamamoto Sugoi Vib Shaman. Lure ini adalah hasil bidaan minit terkahir gua. Kihkih, bidaan kemenangan RM26.00.


Ada lagi sampai..adoi, kali ini..lure dari JDM, maksud gua..warna yang keluar di Jepun sahaja.


Duo Realis Pencil 110 & Popper 64.

Lure Pencil 110 & Popper *warna hitam* tu hanya keluar di JDM. kalau lu orang perasan, post lama lama gua..lure yang gua beli, semua warna USDM. Baru gua perasan, lu orang boleh pergi website DUO. Tengok sebelah kanan atas, boleh tukar tukar website. Hahaha !

Anyway, thanks Chong. Bagi gua warna rare !


Redmax dah jual, sampai juga Level Wind Tube ni. Apa lagi, jual set la kt member yang nak. 

Friday, January 17, 2014

Memburu Tarpon

Minggu lepas punya cerita, saja nak cuba mencari Tarpon / Bulan di sekitar Jeti Assam Jawa. 
Sebab, bulan lepas pagi pagi dalam pukul 7 nampak banyak boiling di sekitar jeti. Apa lagi, hari tu juga cuba cast, tak dapat apa..kumpow la juga. Ingatkan Tarpon, sekali nelayan sana beritahu anak ikan sembilang. Adehh..


Ingat nak balik dah rumah, nampak la satu parit besar. Air perang kehitaman, tiba tiba nampak kelibat ikan selaju laju nya makan di permukaan air. Pelik juga, badan nya kilat kilat, gua dah persiapkan Rapala Skitter Pop 5cm warna Fire Tiger, sebab Tarpon memang menerkam popper. 

Sekali cast, meletup kat permukaan air. Memang Tarpon menerkam popper tu. Malangnya tak mencakup, hook besar sangat tak silap. Tengok lure box, nampak spinfly. Adoi, malangnya tiada sinking swivel, tak boleh cast la. Gua buka hook pada popper tadi, sangkut belakang popper. 

STRIKEEEEEEEEEEEEEEEEEE !!


Si cilik yang strike, memang laju si Tarpon ini berenang. 


Setup ;
Rod : Abu Garcia Vendetta 8-20lb / 6 kaki 
Reel : Team Daiwa Advantage 153HSTLA
Line : Mono Berkley Trilene Sensi Thin 10lb
Lure : Rapala Skitter Pop SP-5 + Spinfly
Species : Tarpon / Bulan


Cast sekali lagi, tiada sambaran oleh Tarpon kelihatan. Cuba juga menggunakan minnow, sama juga. Matahari pun dah naik, apa lagi..balik ke rumah. 

Tuesday, January 14, 2014

Terrr-shopping lagi

Pantang betul dalam dompet ada duit. Nak hantar mem besar je kat Shah Alam, dah bosan sangat pergi la ke Kedai Chong. Saja je usha usha barang yang tak ada lagi dalam simpanan. Dalam kepala nak ambil beg Evegreen, mahal pulak. Ambil box Evergreen, Chong tak bagi. Last last si Chong ni bagi la gewang. Gewang lagiiii ?? 


Duo Realis Pencil 85 & Vibration 62. Kedua dua gewang warna Prism Gold

Monday, January 13, 2014

Duo Realis Vibration, Jerkbait, Pencil

Kegilaan membeli gewang tak berhenti lagi. Semakin lama semakin di racuni. 
Bank in semalam, esok sampai. 


Yang pertama, dari Abg Rahman Sg Buloh Kepong. Gua membeli 1 Jerkbait & 1 Pencil. Warna yang gua pilih adalah Prism Shad. Disebabkan murah, terus gua capai keyboard - log in CIMB Clicks - Transfer fund. Settle..


Terima kasih Abg Rahman. Trusted Seller !!


Lagi satu parcel dari X Lures Tackle, Petaling Jaya. Gua sebenarnya nak datu Vib 52 warna Prism Gold tu je. Warna rare, beli satu set Vib, dapat satu je warna Prism Gold. Ambil je la..kang melepas menangis tak sudah. Alang alang, ambil juga Pencil warna Neo Pearl saiz 11cm.



Ini la warna yang rare tu. Akhirnya dapat ! Warna ni Vib 68 je belum dapat lagi. Aduhh..

Layari https://x-lures.com/ untuk dapatkan lure terkini.

Going In Search of A Great Perhaps, Corrza by Majorcraft

Pemergian Go Emotion semata mata kerana upgrade. Spoon & Minnow untuk sebarau sudah pun kehabisan. Maka, setelah dapat gaji..bershopping la kita yee..

Minggu pertama bulan 1 tahun 2014, sempat gua menerjah shopping center di Bukit Tinggi Klang. Mana lagi kedai pancing buat orang koyak dompet iaitu Fishmax Tackle. Barang yang sudah di tempah akhir tahun lalu telah pun sampai.


Nak Majorcraft Corkish, dapat pula si Corzza.


Chong beritahu gua, Corzza ni no 4 dalam adik beradik Majorcraft. Kata nya la, gua pun tak pasti. Dapat rod 2 piece pula tu, 1 piece tiada stock. Rasanya, rod paling mahal dalam list gua. Harga ? Rahsia...wakakakaka. 


Rod ini di cagakkan 8 micro guide dari Fuji K Series. Kalau dah micro guide, dalam kepala gua hanya guna mono line je. FG Knot kena betul betul cantik baru boleh lepas. Huuu


Gred AAA pada handle Corzza ini. Pertambahan, konsep blank rod ini telah diperkuat. Rasanya sama dengan abang nya Corkish.


8-14 lb adalah poundage line paling kecil dalam siri ini. 


Rod sudah dapat, ada baki lebih. Gua ambil la beberapa spoon & minnow. Saja saja tambah lure, mana tahu boleh digunakan nanti. 


Spoon Rodford Comos Craft 5 & 15 gram gua pilih, petambahan satu spoon altima. Semua spoon murah murah je. Tak perlu ambil mahal mahal. Menangis sangkut nanti..kihkih


Ada wang lebih lagi, ambil la 2 minnow dari Storm & Senses. Berat pun rata rata 7 gram.



Hah ! Lagi satu lure baru, ehh 2 lure baru. Adoi, akibat keracunan gua ambil je la. 
Duo Realis Vibration 68. Lure getaran seberat 16 & 21 gram. Warna yang gua pilih adalah Mat Blue Back Chart Tiger dan All Bait. Lure ini terbukti untuk memikat sang sebarau. Apa apa pun, kena try. 



Tak di lupa juga Sunline Fluorocarbon ni. 20lb berdiameter 0.370mm. 



Antara reel yang tak laku di Fishmax Tackle ni. Antara nya Daiwa T3, Alphas 103 & Metanium Mg7.



Metanium HG dan juga Chronach terbaru ! Teka la harga berapa ?? Memang termurah gua dapat. Malangnya..sold out..Sedih sedih.

So, total shopping ini gua koyak RM7++ juga. Tak apa la, dah target dari awal. Takkan taknak memilikinya kan..

Saturday, January 11, 2014

Abu Garcia Low Profile Neoprene Reel Cover

Dari Petaling Jaya - Kuala Selangor.
Neoprene Reel Cover untuk LPBC. Harga RM35 siap postage, Abg Sepul yang belikan..



Cover ni memang ngam ngam pada LPBC Revo edisi lama. Cover ini juga boleh di sekali pada rod.


Pandangan atas


Pandangan bawah

Mainan untuk Elite IB

Nak sangat guna Cork Knob untuk Revo Elite IB, buat buat macam old skool la katakan.
So, barang dari Perak & Terengganu sudah sampai.


Salah satunya adalah, handle Basszone untuk Daiwa & Abu Garcia. Malangnya handle ini model lama tanpa locknut set. Gua dapat harga RM90 siap postage. Macam mahal, yup..memang mahal..nak je ambil RCS Handle, harga macam haremm mahal. Adehh


Satu lagi barang adalah Daiwa RCS Clear Cork Knob, harga gua dapat RM136 sekali postage. Kira murah lagi la. 


Sekali gua test masuk handle Basszone, cork knob ni tak ngam pula. Adoi..stress gua. Dan lagi satu..


Locknut memang tak ngam dengan lubang skru pada handle. Skru asal pun tak ngam dengan handle. Last - last, gua jual handle ni balik. Hahaha..

Break

Maaf kepada semua reader, gua tak sempat nak update blog. New Year pun tak sambut, banyak perkara penting perlu diselesaikan. Sekarang baru free nak update. 

Nantikan..