Monday, January 13, 2014

Going In Search of A Great Perhaps, Corrza by Majorcraft

Pemergian Go Emotion semata mata kerana upgrade. Spoon & Minnow untuk sebarau sudah pun kehabisan. Maka, setelah dapat gaji..bershopping la kita yee..

Minggu pertama bulan 1 tahun 2014, sempat gua menerjah shopping center di Bukit Tinggi Klang. Mana lagi kedai pancing buat orang koyak dompet iaitu Fishmax Tackle. Barang yang sudah di tempah akhir tahun lalu telah pun sampai.


Nak Majorcraft Corkish, dapat pula si Corzza.


Chong beritahu gua, Corzza ni no 4 dalam adik beradik Majorcraft. Kata nya la, gua pun tak pasti. Dapat rod 2 piece pula tu, 1 piece tiada stock. Rasanya, rod paling mahal dalam list gua. Harga ? Rahsia...wakakakaka. 


Rod ini di cagakkan 8 micro guide dari Fuji K Series. Kalau dah micro guide, dalam kepala gua hanya guna mono line je. FG Knot kena betul betul cantik baru boleh lepas. Huuu


Gred AAA pada handle Corzza ini. Pertambahan, konsep blank rod ini telah diperkuat. Rasanya sama dengan abang nya Corkish.


8-14 lb adalah poundage line paling kecil dalam siri ini. 


Rod sudah dapat, ada baki lebih. Gua ambil la beberapa spoon & minnow. Saja saja tambah lure, mana tahu boleh digunakan nanti. 


Spoon Rodford Comos Craft 5 & 15 gram gua pilih, petambahan satu spoon altima. Semua spoon murah murah je. Tak perlu ambil mahal mahal. Menangis sangkut nanti..kihkih


Ada wang lebih lagi, ambil la 2 minnow dari Storm & Senses. Berat pun rata rata 7 gram.



Hah ! Lagi satu lure baru, ehh 2 lure baru. Adoi, akibat keracunan gua ambil je la. 
Duo Realis Vibration 68. Lure getaran seberat 16 & 21 gram. Warna yang gua pilih adalah Mat Blue Back Chart Tiger dan All Bait. Lure ini terbukti untuk memikat sang sebarau. Apa apa pun, kena try. 



Tak di lupa juga Sunline Fluorocarbon ni. 20lb berdiameter 0.370mm. 



Antara reel yang tak laku di Fishmax Tackle ni. Antara nya Daiwa T3, Alphas 103 & Metanium Mg7.



Metanium HG dan juga Chronach terbaru ! Teka la harga berapa ?? Memang termurah gua dapat. Malangnya..sold out..Sedih sedih.

So, total shopping ini gua koyak RM7++ juga. Tak apa la, dah target dari awal. Takkan taknak memilikinya kan..

2 comments:

  1. Hi Farris ........ macam mana rod ni dari segi casting distance dan fg knot sangkut tak sebab micro guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya sudah cuba menggunakan casting plug 7.5g. Cast distance yang saya dapat 30 meter . Saya guna Revo Premier 3rd Gen. FG Knot tak sangkut, saya guna Sunline FC 20lb, 0.370mm + Pioneer Palladium 20lb.

      Delete