Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Tahun ini merupakan Syawal yang ke 23 buat gua. Jika gua ada terkasar bahasa, tersalah cakap, buat readers sakit hati. Maafkanlah ya..Salam perantauan juga dari Kuala Selangor.

Saya, Muhammad Faris b Mahmood ingin mengucapkan..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin buat semua fans & reader.




Tuesday, July 22, 2014

Bait Finesse System from Goemon

Lagi rod terbaru dari Majocraft, baru masuk Malaysia daa..Pengganti rod custom yang dulu buat mengakibatkan kerugian melampau. Kihkih. Ternyata rod Go Emotion memang sedap & kena dengan harga nya. 

Kalau nak buat rod action Light, orang mesti nak rod yang paling ringan, design yang sangat simple. Akan tetapi, bila dah buat rod custom sudah pasti nya budget RM400 hingga RM600 untuk menghasilkan nya. Penentuan power lifting rod pun belum pasti tepat. Malas pula nak cerita lebih, takut salah, kena tembak dengan Custom Rod Builder gua..kehkeh


Harga ? RM350 hingga RM370. Sama ringan je dengan rod custom CRB. Tak perlu pening pening, rod Go Emotion ni dah sedap layan Finesse. 



Poundage terkecil dalam siri Bait Finesse System. Tip hadapan yang tidak lembut & tidak keras, sedang sedang je..


Kesemua 8 guide menggunakan micro guide. Malangnya, spacing guide kurang cantik. Mainline akan terkena pada blank jika strike. Untuk pengetahuan, tidak di galakkan menambah guide. Power Lifting rod akan lari, tak pun alignment guide senget. 


Jadinya, gua gabungkan Revo MGX bersama Go Emotion. 
Moh la layan sebarauuuuuuuuuuuuuuuu

Monday, July 21, 2014

Old but Strong, Ambassadeur Morrum ZX1601 IVCB-4 from Sweden

Dulu gua memang tak minat reel bulat bulat ni. Sekali dah terkena kelembutan nya, LPBC pun dah tak heran. Kihkih. RBC model lama, tapi masih tidak di mamah usia. 

Memperkenalkan Abu Garcia Ambassadeur Morrum ZX1601 IVCB-4.


Gua beli dengan kondisi terpakai, RM990.00 + EMS dari Jepun. Kelancaran reel masih terasa bila karau.


Apa yang korang tengok, ini yang gua dapat. Tapi, ada part yang telah mencalarkan hati gua. Pedih weyhh..


Kalau setakat calar manja pada part ini sahaja, memang gua terima dengan hati yang terbuka. 


Tapi kalau dah siap sompek tambahan pula ada kesan umpil pada sideplate yang tidak diberitahu oleh seller adalah perkara yang paling menyakitkan hati. Aduh mak, robek hati teman macam ini. Gua memang sangat syak reel ini pernah jatuh, lagi satu owner reel asal mesti tak pandai nak buka sideplate.


Kesan dari umpilan itu, telah merenggangkan sideplate. Ikat la macam mana pun dari dalam, tetap ada renggang.

Gua bukan apa, gua hormat seller tu. Dia melayu, gua support melayu. Gua tak kisah seller tu nak markup harga tinggi mana pun. Iklan yang seller tu jual tak berapa detail. Kesan calar atas reel sahaja yang diberitahu. Kesan sompek & umpil tak beritahu. Kalau la seller tu beritahu, letak la berapa harga pun, gua sanggup beli.

Itu satu, yang kedua pula, kantoi beli reel ini kat Tackleberry. Kat website Tackleberry tu sudah dinyatakan kondisi adalah B / C. Harga pun lebih murah dari harga seller tu jual. Kalau kurangkan sikit RM20 - RM30 kira jadi la. Alamak, menyesal juga tak tanya terperinci. Nasi dah jadi bubur, dah beli pakai je la. 

Revival Of the Legend, MS - X

Pada episod lepas, bulan lepas, bla bla bla...hari ini baru boleh cerita. Niat di hati memang taknak ambil rod dewa ini. Apakan daya, hari itu punya racun dia..tak ada duit pun sanggup ambil. Dalam dompet ready RM300.00 sahaja untuk beli Basspara UL & lain lain item. Maka bincang dekat 2 jam, terambil la juga MS-X ini. 

Harga ? Tak payah cakap la, memang tak percaya punya. Basspara pun si Chong bagi RM190.00, apa lagi MS-X pun dalam harga termurah. Kihkih. 


Wehooooooo ! Rod dewa dewa ! kahkahkah !! Poundage line yang gua pilih adalah 10-16lb, buat layan toman bujang pun dah ok. Ada 2 batang MS-X ni, poundage sama. Panjang je berbeza, gua ambil 6 kaki 6 sudah la..


MS-X ini mempunyai 10 guide termasuk tip hadapan. Malangnya, spacing guide agak kurang cantik, line masih kena pada blank. Tak apa kot, janji backbone & bending rod cantik. Yang penting blank kerasssss.


MS-X juga masih menggunakan EVA handle. Bila kita pegang, grip pada handle memang sedap. Masih lagi split handle. Bila la Majorcraft nak keluarkan full handle EVA / CORK ?


Gua pun masih tertanya tanya, Cross Force Plus ini teknologi pembuatan blank atau pun wrapping blank. Kehkehkeh


Melihat pada butt cap ini, tertera ' Revival Of The Legend ' pada rod MS-X ini menampakkan kekuatan rod ini. Apa pun, gua masih belum sempat mencuba nya. Payah woi nak cari Toman area Bestari Jaya ni. Ada pun semua bijak bijak, semua dah kenal gewang.