Monday, July 21, 2014

Revival Of the Legend, MS - X

Pada episod lepas, bulan lepas, bla bla bla...hari ini baru boleh cerita. Niat di hati memang taknak ambil rod dewa ini. Apakan daya, hari itu punya racun dia..tak ada duit pun sanggup ambil. Dalam dompet ready RM300.00 sahaja untuk beli Basspara UL & lain lain item. Maka bincang dekat 2 jam, terambil la juga MS-X ini. 

Harga ? Tak payah cakap la, memang tak percaya punya. Basspara pun si Chong bagi RM190.00, apa lagi MS-X pun dalam harga termurah. Kihkih. 


Wehooooooo ! Rod dewa dewa ! kahkahkah !! Poundage line yang gua pilih adalah 10-16lb, buat layan toman bujang pun dah ok. Ada 2 batang MS-X ni, poundage sama. Panjang je berbeza, gua ambil 6 kaki 6 sudah la..


MS-X ini mempunyai 10 guide termasuk tip hadapan. Malangnya, spacing guide agak kurang cantik, line masih kena pada blank. Tak apa kot, janji backbone & bending rod cantik. Yang penting blank kerasssss.


MS-X juga masih menggunakan EVA handle. Bila kita pegang, grip pada handle memang sedap. Masih lagi split handle. Bila la Majorcraft nak keluarkan full handle EVA / CORK ?


Gua pun masih tertanya tanya, Cross Force Plus ini teknologi pembuatan blank atau pun wrapping blank. Kehkehkeh


Melihat pada butt cap ini, tertera ' Revival Of The Legend ' pada rod MS-X ini menampakkan kekuatan rod ini. Apa pun, gua masih belum sempat mencuba nya. Payah woi nak cari Toman area Bestari Jaya ni. Ada pun semua bijak bijak, semua dah kenal gewang. 

No comments:

Post a Comment