Sunday, July 7, 2013

Lure / Gewang baru + Custom Micro Jig

Setelah strike tak di sambar, gua hampir putus asa sebenarnya. Pagi tadi strike di tempat yang sama Kota Tasik Puteri. Nampak kelibat ikan - ikan yang bergerak lincah. Malangnya semua gewang tak di sambar. Kemudian, datang sebuah lori ke kawasan strike. Lincah gua bla dari situ. Lalu balik dengan kehampaan. Sedih. 

Balik sudah, terus mencari port lain di sekitar Pekan Kuala Selangor. Baru ingat, ada tasik ikan air tawar belakang sekolah gua. Haha. Macam mana la boleh lupa. RM10 untuk satu hari. Next week la nak cuba nasib. Pagi - pagi kita strike.

So, gua pun nak try lure baru. Lure sedia ada hanyalah sliding, buzzbait & spinnerbait. Gua membeli satu lure popper dari Ofmer 4DS Popper 65F copy dari Yo-Zuri 3DS Popper 65F. Murah je, sekitar RM14.00..Kalau Yo-Zuri RM40 keatas confirm. Tak larat nak beli lure mahal dah. Hehe.

 Ofmer 4D Popper 65F

Type : Floating
Panjang : 65mm 
Berat : 7g



Info yang gua dapat, Peacock Bass atau ikan air tawar di kawasan gua saiz nya adalah kecil sahaja. So, yang rekemenkan gua untuk target ikan saiz kecil adalah menggunakan Micro Jig yang di custom. Menambah single hook & flashing line. Senang cerita membulan di siang hari. Akan gua cuba nanti, kena hold buat masa ni. Agak sibuk. 

 Micro Jig + Decoy single hook + flashing line

Sambil tu, mencari juga reel oil untuk service reel gua nanti. Dapat la sebotol kecil Deuthlon Reel Lube RM14.00 sahaja.

 Deuthlon Reel Lube

Dan juga, gua membeli hook berserta bulu untuk lure special yang akan sampai pada hari selasa depan. Haha. Tak sangka akan dapat lure rare. 

Hook with fur
 

No comments:

Post a Comment