Sunday, July 14, 2013

Strike di Tasik Hijau, Tanjong Keramat

Ramadhan tidak menghalang gua untuk strike di pagi hari. Selesai sahaja hantar adik - adik ke sekolah, gua terus ke lokasi strike. Hanya RM10 satu hari, dapat ikan angler milik angler. Gua cuba nasib, malangnya tiada yang menyambar. Tiada rezeki lagi kali ini.


Lokasi adalah peninggalan lombong / kuari batu kalau tak silap gua. Berada di antara Makam Anak Dara & Bukit Belanda. Tasik ini di jaga oleh Pakcik Aman, bayaran RM10 di kenakan setiap orang untuk satu hari & dapat ikan, milik pemancing. Kenapa RM10 ? Bertujuan untuk menjaga kebersihan tasik & melepaskan ikan baru. Ok la tu RM10 satu hari. 

Pada mulanya guna set spinning St Croix berganding bersama Penn Battle. Asyik tersalah strike, balingan pun tak jauh. Dan, satu gewang Ofmer Bad Dog tersangkut. Terpaksa putuskan main line. Gua menyirap, terus tukar BC set.

 
 Selepas 2 bulan tak sentuh BC set ni, baru hari ni strike guna BC set. Strike pertama birdnest. Strike kedua dah cun, gua dah jumpa tune sendiri. Alhamdulillah, tiada lagi birdnest.


Dah syok sangat strike, sampah plastik juga yang dapat. Belum ada rezeki. Matahari pun dah naik, makin panas. So, gua buat keputusan untuk pulang ke rumah. Tapi sebelum tu, gua terjumpa Pakcik Azmi yang sedang memancing ikan sepat untuk juadah berbuka. 



Beberapa ekor sepat hasil pancingan Pakcik Azmi. Setelah beberapa minit, sebatang joran milik nya telah ditarik ke dasar lombong. Gua suspek ikan besar yang makan ni. Memang betul, Ikan Patin berat anggaran 15 - 20kg kena dengan umpan roti kaya pandan.




Saiz nya dah hampir sama besar dengan budak sekolah darjah 1. Rezeki bulan Ramadhan untuk Pakcik Azmi. Seminggu mau tak habis makan ni.
 

Nak tahu ? Spinning reel murah dari brand Seahawk saiz 6000 & rod Daiwa made in china sepanjang 6 kaki. Hehe.



Dan ini pun, pertama kali dalam hidup gua nampak depan mata ikan besar gedabak. Kesimpulan untuk hari ini adalah kumpow. Sedih :(

No comments:

Post a Comment