Tuesday, August 6, 2013

Pos Laju - lajuan

Update sikit sebelum Hari Raya.
Cara mengisi borang Pos Laju. Maklumlah, ramai yang kurang tahu cara nak mengisi nya. Meh sini gua tunjukkan. Simple je..

Nota kiriman domestik dalam negara *Malaysia*

Now, borang ni hanya lah untuk penghantaran dalam negara sahaja. Gua pun belum pasti slip ini adalah yang paling terkini atau ada yang lebih terkini. Sama je setiap borang. Cuma kena isi bahagian yang paling wajib di isi.

Bahagian pertama

Bahagian ini memang penting & wajib di isi oleh pengirim. Pastikan semua nya betul. Kadang kala, si pengirim akan meletakkan nama, alamat dan tel palsu demi tidak di kesan oleh si penerima. Pada pandangan positif, ia cara terbaik untuk mengelakkan pengirim di kesan dari niat jahat orang lain. Dari pandangan gua la..

Bahagian kedua

Bahagian ini pun sama juga. Paling wajib di isi untuk penerima. Kalau salah nama mungkin boleh menerima kiriman nya. Andai kata salah alamat & tel kemungkinan akan di hantar pulang kepada pengirim atau hold di pejabat Pos Laju. So, kena la selalu update. Hehe

Tracking number

Tracking number, nombor rujukan di mana kiriman anda berada. Contoh baru keluar dari pejabat Pos Laju, sedang proses di Center Pos Laju, sedang deliver kepada pengirim. Peringatan, kepada seller online tolong sangat sangat jangan mendedahkan tracking number ini di khalayak ramai. Konfirm kalau terdedah kiriman anda tidak akan sampai ke tangan anda. Hehe. Kemungkinan strangers akan ambil dulu sebelum kita dapat. Kadang kala kecuaian staff Pos Laju leka bila orang nak collect barang, tapi tak ambil IC. So, kita takkan tahu siapa yang ambil kiriman itu. 

Keterangan kandungan

Selalunya tak perlu tulis pun tak apa. Untuk kepentingan kiriman tu, sebelum terjadi apa apa. Better tulis je barang tersebut serta nilai nya. Nilai nya letak la 2 / 3 kali ganda dari harga asal. Mana la tau barang tu pecah & rosak mungkin boleh claim dekat Pos Laju atas kecuaian tersebut. 

Pengakuan

Pengakuan ini pun selalu nya pengirim terlepas pandang nak isi. Jika keterangan kandungan tu anda isi, tetapi pengakuan anda tidak di isi. Maka nya, jika nak claim barang yang rosak tu serta merta batal / tidak boleh claim. Ini adalah point penting untuk Pos Laju menyalahkan kita. Haha, nanti dia salahkan kita kenapa tak tandatangan di ruang ini. 

2 comments:

  1. city tu nak tulis apa..kalau saya tinggal ka tanjung piandang perak...
    pls reply me secepatnya

    ReplyDelete
  2. city tu nak tulis apa..kalau saya tinggal ka tanjung piandang perak...
    pls reply me secepatnya

    ReplyDelete