Monday, May 12, 2014

Kehadiran nya tidak di duga

Assalamualaikum semua, lama betul tak update blog gua. kehkeh, sibuk ke ? Tak ada lah, gua malas betul nak update. Nak menaip. nak fikir ayat. Adoi mak aih, kali ini dengan azam baru gua update juga. Kekekeke

Kehadiran kekili bc yang baru membuatkan gua tak update blog, syok sangat guna. Smooth je cast, kehkeh. Malangnya belum dapat menaikkan ikan. 1 bulan yang lepas, gua menjual Shimano Scorpion XT 1001 kepada member Banting, dengan harga RM600 terpakai kondisi cemerlang. Gua ditawarkan sebuah kekili bc jenama Daiwa, iaitu.....



Daiwa Zillion J Dream 6.3

Gua beli dengan hanya topup RM400, untuk swap suka sama suka dengan Scorpion XT. Keadaan reel tidak mengecewakan, calar halus 2 3 tempat sahaja. Knob pun calar sikit. Akan tetapi, sampai sahaja parcel. Reel handle bengkok sedikit, agak sukar untuk loose drag kerana sangkut. Gua bengkok balik handle. Ok ! J Dream ini juga menggantikan tempat Revo Elite IB yang sudah di pinang oleh Abg Daniel. Pertama kali menggunakan reel sebegini mahal. Sejujurnya cakap la kan, memang smooth reel ini. Kayuhan yang sangat lancar. Jadinya, reel ini masih dalam ujikaji..nantikan upate terbaru

No comments:

Post a Comment