Monday, May 12, 2014

Part yang perlu ada minyak & grease


Seringkali kita servis, mesti letak minyak & grease. Hanya part part tertentu sahaja yang pelu diletakkan minyak & grease. Salah letak, konfirm reel jadi berat. Mehh jom gua nak cerita part mana yang perlu di letakkan minyak & grease..



Wormshaft, kenapa ? Part yang selalu bergerak jika kita mengayuhkan handle untuk kemasukan mainline dalam spool. Pawl juga perlu letak grease. Gua kategorikan ia sebagai kerja berat. Itu sebab pelu diletakkan grease. Sama juga 






bearing , perlu diminyakkan. Minyak untuk bearing ini kalau boleh guna la yang senipis nipis nya, kerana bearing bc reel ini halus saiz nya. Bearing pun kategori kerja berat, akan tetapi ia tidak boleh diletakkan grease oleh kerana kelikatan grease telalu kasar. Sambil kita kayuh, laju perlahan, tekan thumbar & cast..bearing berpusing laju pada setiap masa. 

Minyak Daiwa yang gua guna ini ok juga, belum ada masalah. Nak sedap lagi, Achemy Oil dari Hedgehog Studio, harga lebih kurang RM40. 


Yoke, part di mana memegang pinion gear, supaya boleh free spool semasa cast. Apabila on spool, pinion akan bergerak manakala yoke akan memegangnya. Masih juga kerja berat.


One way clutch, part paling sensitif. Letak grease, confirm boleh reverse. So, kalau boleh titiskan minyak sahaja. 


So, dah bagi tips..nak duit. Kekeke. Gua gunakan Daiwa Perfomance Grease & Reel oil. Lebih kurang RM50.00 je untuk kedua dua benda alah ni. Boleh guna mehhh...

4 comments:

  1. Hi,
    i'm Arief student INTI university at Nilai.
    Wanna ask, how to join your club? there's any requirement?
    then as info my email : riswandanarief@gmail.com.
    terima kasih.

    ReplyDelete