Monday, July 21, 2014

Old but Strong, Ambassadeur Morrum ZX1601 IVCB-4 from Sweden

Dulu gua memang tak minat reel bulat bulat ni. Sekali dah terkena kelembutan nya, LPBC pun dah tak heran. Kihkih. RBC model lama, tapi masih tidak di mamah usia. 

Memperkenalkan Abu Garcia Ambassadeur Morrum ZX1601 IVCB-4.


Gua beli dengan kondisi terpakai, RM990.00 + EMS dari Jepun. Kelancaran reel masih terasa bila karau.


Apa yang korang tengok, ini yang gua dapat. Tapi, ada part yang telah mencalarkan hati gua. Pedih weyhh..


Kalau setakat calar manja pada part ini sahaja, memang gua terima dengan hati yang terbuka. 


Tapi kalau dah siap sompek tambahan pula ada kesan umpil pada sideplate yang tidak diberitahu oleh seller adalah perkara yang paling menyakitkan hati. Aduh mak, robek hati teman macam ini. Gua memang sangat syak reel ini pernah jatuh, lagi satu owner reel asal mesti tak pandai nak buka sideplate.


Kesan dari umpilan itu, telah merenggangkan sideplate. Ikat la macam mana pun dari dalam, tetap ada renggang.

Gua bukan apa, gua hormat seller tu. Dia melayu, gua support melayu. Gua tak kisah seller tu nak markup harga tinggi mana pun. Iklan yang seller tu jual tak berapa detail. Kesan calar atas reel sahaja yang diberitahu. Kesan sompek & umpil tak beritahu. Kalau la seller tu beritahu, letak la berapa harga pun, gua sanggup beli.

Itu satu, yang kedua pula, kantoi beli reel ini kat Tackleberry. Kat website Tackleberry tu sudah dinyatakan kondisi adalah B / C. Harga pun lebih murah dari harga seller tu jual. Kalau kurangkan sikit RM20 - RM30 kira jadi la. Alamak, menyesal juga tak tanya terperinci. Nasi dah jadi bubur, dah beli pakai je la. 

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Reel kita sama la. Memang puas hati pakai reel ni, time reeling in memang smooth, se-smooth ayat mat jiwang mengayat awek. Tambah lagi baru2 ni upgrade pakai bearing hedgehog studio then upgrade handle and knob zpi. Alhamdulillah masih mampu menewaskan mama mami dan anak mami penang hahaha. Nanti one day boleh komplot sama. Sy study kat gombak je. Sekian bebelan dari sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bro, haha. Reel ni lain daripada yang lain. Binaan dalam nya simple, tapi masih mampu untuk menandingi reel atasan. Terbaik bro. Saya menetap di Kuala Selangor. No phone saya 011 2995 36 Sembilan Kosong

      Delete