Friday, November 8, 2013

#1 Supertuned Redmax

Agak tidak puas hati bila usha Redmax ni. Terdetik di hati nak tuned Redmax ni. 
Ambil keputusan bijak, gua akan modified Redmax ni. Pada minggu lepas, gua mencari - cari spool AG Blackmax. Kenapa ? Spool Blackmax warna merah, nak match dengan Redmax ni. 

Alhamdulillah, bro Pudin Khalid dengan baik hati telah sedekahkan spool Blackmax nya pada gua oleh kerana reel dia barai teruk. Dia hanya suruh gua bank in duit postage je. 
Terima kasih bro !


Spool memang cun sangat - sangat, tiada kemik & bersih. Gua bandingkan spool Redmax & Blackmax ni amat - amat berbeza. 


Perbandingan spool Blackmax & Redmax. Gua kategorikan spool Redmax adalah Shallow Spool. Tapi bukanlah Shallow seperti mana Avail Microcast Spool yang muat utk braided 10lb kebawah.


Pandangan dari tepi, gua lupa la nak timbang berat nya. Adehh


 Ngam ! Memang cun, merah menyala reel Redmax ni. Tunggu post akan datang, gua akan tambah beberapa lagi part - part custom. Hehe


Dengan bantuan Redmax, gua telah transfer Tuffline XP 10lb dari spool Promax masuk ke spool Redmax. Tanpa backup mono pada spool, braided 10lb ngam ngam masuk spool Redmax ni. Dengan anggaran 135 meter panjang. Sepatutnya boleh 150 meter, tapi dah putus..semua gara gara reba. 

2 comments:

  1. tumpang tanya lg,handle kt red max tu handle model ape lak.?

    ReplyDelete