Bosan - bosan, ada masa terluang ini. Gua cuba lagi mentelaah Redmax ni, modify itu ini. Dapat sebiji Blackmax 2 hasil swap dengan C3 4600 + RM100 dari Abg Daniel. Gua baraikan terus Blackmax 2 tu, nak cuba kacukkan dengan Redmax.
Yang gua transfer dari Blackmax 2 itu adalah bearing main shaft masuk ke dalam Redmax. Pada asalnya adalah bush semata - mata. Cehhh..memang la cun untuk saltwater.
Ini lah dia bearing yang gua transfer dari Blackmax 2.
Sama je saiz dengan bush asal. So, smooth retrieve..
Perbandingan pinion shaft, kanan adalah Blackmax 2 & kiri pula Redmax. Gigi gear yang berbeza. Blackmax 2 dengan ratio 6.4:1 manakala Redmax 7.1:1.
Sebenarnya, gua terrrrr-convert ratio 6.4:1 ke pada Redmax. Hasilnya, boleh convert !
Gear ratio 7.1:1 ni gua simpan untuk sparepart kemudian hari.
Kihkihkih, antara hasil baraian reel - reel barai. Kena cari satu biji lagi iaitu Promax 2. Hahaha, buat sparepart untuk custom.
No comments:
Post a Comment