Disassemble baitcasting reel / Penguraian kekili baitcasting
Semalam sehingga pukul 1 Pagi gua sibuk membarai BC Revo Premier Gen 2 yang baru dapat sabtu lepas. So, gua nak kongsi cara membarai reel bc ni. Untuk memudahkan korang, gua sertakan sekali gambar & siap label sekali.
Pertama sekali, tolong sediakan screw driver bunga & leper, spanar 10MM, reel oil, minyak zippo untuk buang grease lama lama, kain / surat khabar lama untuk lapik & lap etc.
Buka sideplate serta spool.
Buka locknut set.
Buka stardrag. Buka ikut arah jam, kalau lawan jam ia akan mengetat.
Keluarkan clicker drag. Fungsi nya untuk ketat & longgarkan drag, kalau tak ada clicker ni..kemungkinan drag boleh loose. Kiranya, ada lock pada drag.
Buka screw sideplate.
Screw pada dalam body jangan lupa ya.
Buka sideplate
Buka drag set
Kat sini gua nak tekankan sedikit, tolong sangat ingat susunan drag plate. Kalau tersalah susun, konfirm drag kosong. Satu lagi, pastikan set drag ni bebas tanpa grease atau minyak. Bersihkan carbon drag dengan minyak Zippo, celup dan terus lap.
Tanggalkan pinion, benda alah ini la yang membuatkan spool terapung bila kita tekan thumbar.
Ok, kat sini..bukan gua taknak keluarkan lift curve & clutch spring tu. Agak sukar nak pasang balik sebab ada kick lever spring. Rasanya tak jadi masalah kalau biarkan sahaja. Melainkan reel Daiwa, bahagian situ ada satu bearing terselit.
Buka line guard untuk buka semua line winding set.
Buka bearing mainshaft.
Buka circlip wormshaft.
Buka line wind cap serta pawl. Washer pada pawl itu kena hati hati keluarkan. Takut hilang, sangat kecil saiznya.
Buka drive gear wormshaft.
So, selesai baraikan reel. Part part besi tadi semua kena bersihkan guna minyak Zippo untuk hilangkan grease. Pastikan tiada kesan grease setelah semua part dibersihkan.
Tanggalkan semua bearing pada sideplate. Hati hati, circlip tersebut mudah hilang.
Jadi, berakhir sudah part pertama. Nantikan kemunculan part kedua.