Tuesday, February 11, 2014

Ultralight Angler Gathering 2014



The Ultralight Angler dengan kerjasama Fishing Sifu dan Group Ultralight Anglers akan menganjurkan satu perhimpunan bagi semua pemancing yang amat meminati ultralight tackle dalam aktiviti pancingan mereka. Perhimpunan yang buat julung-julung kali diadakan ini akan turut diisi dengan beberapa perkongsian aktiviti yang dirasakan amat bermanfaat kepada semua ultralight angler tidak kira walau di mana juga meraka berada. Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut ialah:


1. Ultralight Angler Gathering

Sembang... makan... minum... casting... show off sikit-sikit...
casting... sembang... show off sikit-sikit...minum... makan...
makan... minum... sembang... show off sikit-sikit... casting...
er... ikutlah mana-mana suka yer...  

2. Mini Tarpon Tournament
Pertandingan memancing ikan sukan yang paling mencabar buat ultralight anglers! 

Peralatan: ultralight tackle (1-6lb).
Teknik: lure casting.
Umpan: hard bait/soft bait sahaja. Spinfly tidak dibenarkan!

* Semua hadiah pertandingan ini ditaja oleh Purefishing Malaysia
* Format serta kategori yang dipertandingkan akan diberitahu sebelum ia bermula.

3. Ultralight Tackle Talkabout 

Ala-ala workshop... slot santai tapi penuh dengan perkongsian ilmu bermanfaat! 

* Bulan tactics; fish, photo & release.
* Ultralight tackle; what is all about?
* Ultralight tackle; lure presentation technique.

4. Koordinat lokasi

Google Maps : 3.840897,100.820244
Koordinat peta : 3°50'27.2"N 100°49'12.9"E

Berminat menyertai ultralight angler gathering 2014 ini?

Kepada semua pemancing yang ingin menyertai Ultralight Angler Gathering 2014 ini sila sahkan penyertaan anda sebelum atau pada 18 February (tarikh tutup), 2014 dengan membuat bayaran RM50.00 kepada Kanicen Nix. Sila pm inbox beliau untuk mendapatkan butiran lengkap cara pembayaran termasuk menyatakan saiz t-shirt anda.

Manakala sebarang pertanyaan mengenai acara ini boleh pm inbox Ahmad Aswadi untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment