Tuesday, February 11, 2014

Step By Step : Servicing Baitcasting Reel Part #1

Disassemble baitcasting reel / Penguraian kekili baitcasting

Semalam sehingga pukul 1 Pagi gua sibuk membarai BC Revo Premier Gen 2 yang baru dapat sabtu lepas. So, gua nak kongsi cara membarai reel bc ni. Untuk memudahkan korang, gua sertakan sekali gambar & siap label sekali. 


Pertama sekali, tolong sediakan screw driver bunga & leper, spanar 10MM, reel oil, minyak zippo untuk buang grease lama lama, kain / surat khabar lama untuk lapik & lap etc.


Buka sideplate serta spool.


Buka locknut set.


Buka stardrag. Buka ikut arah jam, kalau lawan jam ia akan mengetat.


Keluarkan clicker drag. Fungsi nya untuk ketat & longgarkan drag, kalau tak ada clicker ni..kemungkinan drag boleh loose. Kiranya, ada lock pada drag.


Buka screw sideplate.


Screw pada dalam body jangan lupa ya.


Buka sideplate


Buka drag set


Kat sini gua nak tekankan sedikit, tolong sangat ingat susunan drag plate. Kalau tersalah susun, konfirm drag kosong. Satu lagi, pastikan set drag ni bebas tanpa grease atau minyak. Bersihkan carbon drag dengan minyak Zippo, celup dan terus lap.


Tanggalkan pinion, benda alah ini la yang membuatkan spool terapung bila kita tekan thumbar.


Ok, kat sini..bukan gua taknak keluarkan lift curve & clutch spring tu. Agak sukar nak pasang balik sebab ada kick lever spring. Rasanya tak jadi masalah kalau biarkan sahaja. Melainkan reel Daiwa, bahagian situ ada satu bearing terselit. 


Buka line guard untuk buka semua line winding set.


Buka bearing mainshaft.


Buka circlip wormshaft. 


Buka line wind cap serta pawl. Washer pada pawl itu kena hati hati keluarkan. Takut hilang, sangat kecil saiznya.


Buka drive gear wormshaft.


So, selesai baraikan reel. Part part besi tadi semua kena bersihkan guna minyak Zippo untuk hilangkan grease. Pastikan tiada kesan grease setelah semua part dibersihkan. 


Tanggalkan semua bearing pada sideplate. Hati hati, circlip tersebut mudah hilang.

Jadi, berakhir sudah part pertama. Nantikan kemunculan part kedua. 

5 comments:

  1. Reel is beautiful, is smooth and is a fish catching machine! Don't think you will be disapointed with this one! Great price too. https://guidancesports.com

    ReplyDelete
  2. Suami nak cuci reel.dah pasang die try tarik benang,drag kosong.sudah,die ingat ade brg hilang.masa bukak bc tgk blog tuan.tp xbaca(salah dia) ,saya bukak balik,rupanya die letak grease kat drag..patut loose..hehe.nasib baca satu2 .tq tuan.bg info sgt bgus untk kmi yg bru main bc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama Puan. Agak lama sudah tak update blog ni. Nantikan comeback dari saya, mengenai reel model lain. Terima kasih support !

      Delete
  3. buat tutorial untuk ultralight dan susunan plate drag boleh x.......kenapa reel ul sya jarak balingan tu tak pergi jauh selepas sya service set ul sya

    ReplyDelete