Monday, November 18, 2013

Selamat datang Revo Premier


Revo Series


Minggu lepas, gua sudah melepaskan BC pertama pernah dimiliki iaitu Promax 2. Tak perlu sedih, Revo Premier ini sudah menambat hati gua dari dulu lagi. Premier ini harga market lebih kurang RM630 - RM680, gua kenal dengan orang Bukit Kuching, dia dapatkan untuk gua dengan RM600 sahaja. Kehkehkeh.


Boleh la baca sendiri, gua pun dah tak tahu nak cerita apa.


Premier ini menggunakan sistem brek IVCB sama seperti MGX, cuma berbeza ratio nya dimana Premier ini hanya 6.4:1. Ideal untuk gewang crankbait, minnow, popper, pencil. Karauan tidak laju & tidak perlahan.


Selepas ketiadaan Promax 2, Premier akan di padankan dengan Majorcraft Go-Emotion 8-14lb.

11 comments:

  1. bro.. ok tak revo premier gen 3? recomended tak? tgh dalam proses nak beli bc ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok bro, mmg recomended. Lure 3 - 4 gram cun sgt cast. Hehehe

      Delete
    2. ok cun, kompem beli revo.. lagi satu, range lure aku 3gram ke atas, sekarang rod yg ada okuma prometheus 6-12lbs.. kalo revo premier pasangkan dengan hornet ok tak? atau lain lain rod yg bole main gewang ringan

      Delete
    3. :) Alamak, tak berani nak cakap bro. Tak pernah pula try Okuma Prometheus dgn Hornet. Kalau nak pilih rod yg boleh cast lure 3 gram, pakai rod 2-6lb Okuma Nemesis tapi spec UL, layan sebarau & PB mmg cun. Hornet saya tak pernah cuba pula. Kalau rod lain, Expert Graphite Taycoon 6-12lb range price RM350, nak sedap sikit Majorcraft Volkey 4-10lb tak silap, range price RM500 - RM600.

      Delete
  2. ambik revo elite ib , tak jumpa jumpa premier gen 3, sekarang tengah belajar sistem brake infiniti... pitch centifrugal bukak 1~2 klik , magnet 1~3 klik dari max, lebih ja terus backlash. belum mahir lagi, ada tips tak untuk main set infiniti brake ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Revo Elite IB dah cun, tapi agak sukar nak baling lure 4 gram ke bawah. Kalau boleh pun cast distance terbatas. Bagi brake infiniti, lure 6 hingga 20 gram amat sesuai, tetapi mesti tengok juga poundage line rod. Contoh lure 8 gram, main line 10lb, poundage line rod 8-14lb, rod 6 kaki 5 panjang. Saya akan set brake magnetic 8 klik dari MAX. Pitch Centrifugal OFF tanpa backlash. Lagi satu jangan lupa, bagaimana cara kita cast..overhead cast, mengerengkan reel selepas lure terbang. Tak apa bro, kalau masih kurang faham, saya akan buat satu post baru tentang brake infiniti ini.

      Delete
  3. rod pakai 6~12lbs (1/16 oz min lure weight)
    setakat ni kalo pakai casting jig 7gram~12 gram mmg sangat jauh perginya, kalo pakai gewang flutterstick 7cm pun ok gak jauh nya, pakai gewang macam rapala cd3 (4gram) pun masih ok lagi jaraknya tapi biasa biasa ja la..
    dah bukak side plate, tapi tak tau macam mana nak set on off picth centrifugal tu...
    setakat ni main kat tension knob ja la

    ReplyDelete
    Replies
    1. rod 6'3 , main line braid 15lbs, shock leader 20lbs

      Delete
    2. Owh, begitu rupanya..bagi saya, centrifugal pitch tu kebiasaan nya digunakan untuk lure berat sahaja. Hehehe. Kalau boleh, tension knob tu setting ngam ngam tiada freeplay. Saya guna lure 15 - 24 gram pada rod line poundage 12-20lb, line 15lb, saya guna brake magnetic sahaja. Centrifugal OFF.

      Delete
  4. Saya masih x dpt setting yg cantik utk centrifugal,walaupun on kan 1/6 ja tuil cb tu, dpt baling sekaki dua ja . Meraung bunyi brake hentikan spool, setakat ni pakai magnet ja dgn offkan cb. Distance casting mmg cun.
    Drag pulak mmg tersangat la sedap nya, fight pacu 7kg , licin ja drag keluar.
    Selamat hari raya bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, untuk keserasian saya, saya akan gunakan brake centrifugal ini SEMASA :
      1. Menggunakan lure lebih dari 15gram
      2. Cast untuk melawan angin tanpa birdnest.
      3. Cast jarak dekat.

      Dan, pendapat saya yang lain..brake centrifugal ini terbatas cast distance nya di sebabkan rintangan pusingan bearing spool & sideplate. Cuba tukar bearing tersebut. Hehe.

      Delete