Tuesday, July 16, 2013

Sesi belajar cast jauh jauhan tidak ke langit

Isnin yang lepas, selesai hantar bos ke SUK Shah Alam, gua terus ke Bukit Tinggi Klang. Kedai pancing favorite iaitu Fishmax Tackle. Sebenarnya nak tukar line, lupa pula bawa Berkley Fireline Fused yang di pos minggu lepas oleh Mr Chong Kit Soon. 


 
Berkley Fireline Fused Original 6lb

Line yang halus, 0.15mm diameter sepanjang 114m. Direka khas untuk spinning reel, mmg tak sesuai untuk baitcast reel. Di katakan confirm birdnest. Gua pun belum pasti, hehe.


Mr Chong Kit Soon jadikan Penn Battle 2000 gua dari deep spool ke shallow spool. Haha, lilit guna mono line murah, then guna masking tape. DIY je ni, nak beli reel shallow spool tak mampu lagi. 

Sambil - sambil tu, dia sempat ajar gua cast jauh jauhan guna set Ultralight dia. Memang superb, ringan sangat. Maklum la reel Daiwa Gekkabijin + rod Temujin + Fireline 6lb. 1st cast memang ke langit. Dia cakap, cast jangan kelangit. Haha, 5 6 kali cast dah tak kelangit. Banyak lagi kena belajar gua ni. 

 Sunline Shock Leader 16lb

Sambil tu, gua sempat beli shock leader 16lb ni untuk disesuaikan dengan fireline 6lb atau braid yang poundage kecil. Maknanya main line halus pun boleh.



River2sea Popper Lure

Gua juga beli popper baru seberat 4.5gram. Harga RM15.00 sahaja setelah diskaun dari harga besar RM22.00. Bahagian depan popper ni dah sama seperti Megabass Pop X. Mr Chong ajar jangan beli lure mahal nanti jumpa lagi mahal dah tak pandang yang murah. Hehe. 


Rodford Comos Craft Spoon

Dan gua juga beli spoon Comos Craft dari Rodford. Spoon seberat 7gm. Berharga RM6.50. Ini pertama kali beli spoon. Hehe

Sunday, July 14, 2013

Strike di Tasik Hijau, Tanjong Keramat

Ramadhan tidak menghalang gua untuk strike di pagi hari. Selesai sahaja hantar adik - adik ke sekolah, gua terus ke lokasi strike. Hanya RM10 satu hari, dapat ikan angler milik angler. Gua cuba nasib, malangnya tiada yang menyambar. Tiada rezeki lagi kali ini.


Lokasi adalah peninggalan lombong / kuari batu kalau tak silap gua. Berada di antara Makam Anak Dara & Bukit Belanda. Tasik ini di jaga oleh Pakcik Aman, bayaran RM10 di kenakan setiap orang untuk satu hari & dapat ikan, milik pemancing. Kenapa RM10 ? Bertujuan untuk menjaga kebersihan tasik & melepaskan ikan baru. Ok la tu RM10 satu hari. 

Pada mulanya guna set spinning St Croix berganding bersama Penn Battle. Asyik tersalah strike, balingan pun tak jauh. Dan, satu gewang Ofmer Bad Dog tersangkut. Terpaksa putuskan main line. Gua menyirap, terus tukar BC set.

 
 Selepas 2 bulan tak sentuh BC set ni, baru hari ni strike guna BC set. Strike pertama birdnest. Strike kedua dah cun, gua dah jumpa tune sendiri. Alhamdulillah, tiada lagi birdnest.


Dah syok sangat strike, sampah plastik juga yang dapat. Belum ada rezeki. Matahari pun dah naik, makin panas. So, gua buat keputusan untuk pulang ke rumah. Tapi sebelum tu, gua terjumpa Pakcik Azmi yang sedang memancing ikan sepat untuk juadah berbuka. 



Beberapa ekor sepat hasil pancingan Pakcik Azmi. Setelah beberapa minit, sebatang joran milik nya telah ditarik ke dasar lombong. Gua suspek ikan besar yang makan ni. Memang betul, Ikan Patin berat anggaran 15 - 20kg kena dengan umpan roti kaya pandan.




Saiz nya dah hampir sama besar dengan budak sekolah darjah 1. Rezeki bulan Ramadhan untuk Pakcik Azmi. Seminggu mau tak habis makan ni.
 

Nak tahu ? Spinning reel murah dari brand Seahawk saiz 6000 & rod Daiwa made in china sepanjang 6 kaki. Hehe.



Dan ini pun, pertama kali dalam hidup gua nampak depan mata ikan besar gedabak. Kesimpulan untuk hari ini adalah kumpow. Sedih :(

Saturday, July 13, 2013

DIY Flashing line & Decoy hook

Pada post yang lepas, gua ada cerita pasal falshing line tu. Actually untuk pertambahan aksesori pada lure dan juga hook. Ikan kecil - kecil sekarang ni, gua tambah satu micro jig untuk di cuba nanti.

 Atas sekali Micro Jig, Ofmer Bad Dog 85F & 75F

Pertambahan yang gua buat adalah, mengikat flashing line yang dibuat sendiri oleh gua. Yang micro jig tu kurang menjadi pula. Bad Dog 85F flashing line dah cukup banyak tu. Yang Bad Dog 75F gua tukar hook Decoy.

  Gambaran jelas.

Gua ikat guna benang menjahit je. Actually, bila dah siap ikat. Boleh je letak epoxy. Baru cantik ikatan nya. So, esok nak try strike menggunakan lure ni. Mudah - mudahan di sambar lah oleh haiwan air tuu..

Barang postage sampai

Barang order dah sampai, ngeeeee~
So, yang gua beli adalah 5lb Braid Line dari Power Pro untuk reel Ryobi Ecusima. Lure Ofmer Bad Dog 5g murah kerana overrun unit & patch Daiwa dan Shakespeare untuk cantikkan lagi cap murah tu. Hehe.


Dan lagi satu barang rare sudah pun sampai. Lure Gary Yamamoto Sugoi Splash. Beli dari seorang pengumpul lure yang agak rare. Dia ada lebih satu, so di berhasrat untuk menjual nya. Alhamdulillah, rezeki gua.

 Project untuk tambah treble hook akan di laksanakan nanti.

Dan juga, masa - masa boring ni. Gua menjahit patch - patch yang di beli untuk cap murah tu. Takkan kosong je kan ? Hehehe.



Wednesday, July 10, 2013

Memilih spinning reel / kekili

Post yang lepas, gua ada beritahu kenapa tak jadi ambil Shimano Seinna 1000FD. Kenapa ? Bukan disebabkan harga menjadi penghalang, ia berkaitan dengan kualiti. Kualiti memainkan peranan penting setiap reel. Itu sebab gua takut nak beli online. Kena kayuh & periksa baru boleh beli. Kena ambil feel dulu. Kihkihkih

Ok, sekarang gua cerita bagaimana untuk memilih spinning reel / kekili ini. Kalau boleh kautim dengan owner kedai, cara begini amatlah di galakkan buat sebelum membeli reel. Contoh yang gua lakukan pada Ryobi Ecusima 1000Vi.


Ambil spinning reel, cagakkan pada rod atau pada line winding *isi main line kat platform sambil kira berapa meter panjang main line dah masuk pada reel*. Ketatkan reel seat.


Memegang bahagian bawah spinning reel, gengam. Mengenakan tekanan sedikit, dan putarkan / twist spinning reel. Perhatikan support arm yang berada tegak dengan reel seat. Cuba lihat, lembut atau keras semasa twisting ? Untuk reel ini, gua dapati sebanyak 50% boleh diputarkan. Untuk reel Shimano Seinna 1000FD, sebanyak 80% ia boleh diputarkan. Kebarangkalian untuk patah mungkin berlaku.


Gunakan ibu jari serta jari telunjuk untuk menekan, berikan tekanan bahagian bawah bail. Cuba lihat, kelembutan & kekerasan bahagian itu. Reel ini menunjukkan 50% kebolehlenturan pada bahagian bawah bail. Seinna 1000FD pula, sebanyak 80% lenturan nya.


Memegang spool, dan gerakkan keatas & kebawah untuk memeriksan gap. Yang ini, gua tidak berapa pasti. Reel mahal pun ada gap seperti ini. Rasanya, gap ini perlu ada supaya kelancaran main shaft bergerak.


Memegang spool, gerakkan ke kiri & ke kanan untuk kelonggaran spool. Selalu nya longgar spool di sebabkan tiada bearing pada spool & kekurangan bearing pada mainshaft. Dan lagi satu kenapa spool bergoyang, rumah bearing pada reel longgar / ada free. Factory defect tak silap. 


Cuba kayuh reel, untuk memeriksa getaran semasa kayuhan. Kadang kala reel bergegar semasa kayuhan. 

Secara kesimpulan Shimano Sienna 1000FD kurang dari segi kualiti & Ryobi Ecusima 1000Vi walaupun murah sedikit, kualiti tetap ada.

Shimano Seinna 1000FD : 40% terbaik !
 Ryobi Ecusima 1000Vi : 70% terbaik !
 
 Bagi pendapat gua la, itu yang ambil Ecusima ni sebab dah test & bandingkan dengan Seinna. Gua mencadangkan kepada semua reader yang nak beli reel, periksa dulu reel sebelum beli. Rasa rasa poket tebal, cari la reel material nya magnesium. Dah la ringan, kuat pula tu. Harga sahaja yang agak keras. Tak pun, cari yang full metal body boleh juga. Cuma agak berat sikit. Dari segi harga pun masih mampu milik. Lagi, cari reel yang mempunyai warranty.

Pengujian diatas ni, risiko patah tanggungjawab sendiri ya. Mana la tahu masa twisting patah pula support arm. Menangis nak membayar nya. Sesetangah seller akan bagi tips sebelum membeli reel. Cuba la slow talk, mungkin boleh.

Tuesday, July 9, 2013

Spinning reel / kekili Ryobi Ecusima 1000Vi

Salam Ramadhan reader. 
Alhamdulillah, pencarian reel baru untuk UL set telah selesai. Dah tak fikir nak ambil yang branded sangat, nanti menyesal tak sudah. Takut nak beli online, spinning reel ni kena rasa sendiri baru boleh beli. Dengan budget RM150 kebawah, banyak pilihan reel boleh dipilih. Pada mulanya, mencari Shimano Seinna 1000FD dengan harga RM130, Shimano Nexave 1000 RM150, Shimano Nasci 1000 RM150, Abu Garcia Citrus 1000 RM130 dan lain lain. 

Pergi ke kedai favorite gua tenghari tadi, ada satu Seinna 1000FD yang telah di order oleh seseorang malangnya sudah 7 bulan owner tak ambil. Hasrat memang nak ambil, tetapi.. Mr Teo owner kedai menasihatkan supaya jangan ambil. Kenapa ? Nantikan post baru yaaa..

Jadi, gua membeli satu spinning reel model lama yang dikeluarkan oleh Ryobi. Pertama kali beli reel ni. Model lama yang istimewa. Kenapa ? Sebab free spare spool. Untuk pengetahuan, reel terbaru dari Ryobi tiada lagi spare spool, jika ada..harga akan mahal sedikit.

 Ryobi Ecusima 1000Vi

Dengan budget RM130.00, dapat la gua reel ni. Sebenarnya, model ini dah tersimpan lama. Mr Teo tak nak jual, mungkin sebab aku serious & minat untuk mencari model saiz 1000..lalu dia terpaksa menjual nya. 


Untuk pengetahuan reader, knob yang sedia ada pada handle ini boleh ditukar dengan knob custom yang lain. Reel ini juga mempunyai anti reverse bearing.


Spool boleh di isi dengan main line 6 & 8 pound sepanjang 100 - 150 meter.


Spool sedia ada & juga spare spool mempunyai bearing. Clicker juga boleh diservis.

 Ecusima Design and Engineered by Ryobi

Gear ratio : 5.1 : 1
Max Drag : 2.5kg
Weight : 262g
Ball bearing : 4
Line capacity : 6lbs 150meter / 8lbs 125meter

Di kotak, reel ini hanya mempunyai 4 bearing. Research di google, reel ini mempunya 5 + 1 bearing. 5 ball bearing,1 roller bearing.



Monday, July 8, 2013

Riki - riki kedai alatan memancing

Selepas supply barang di Kolej Komuniti Selayang. Terus ke Sungai Buloh Kepong. Dapat info ada sebuah kedai pancing di kawasan sekitar. Jumpa juga akhirnya, sederet dengan Welly Kwang / Ducati motor. 

 Fish Hook Trading

Kalau dalam facebook, profile untuk kedai ini adalah FH Tackles.
Barangan kedai ini seperti reel & rod harga agak keras sedikit. Lure, swivel, braid & mono line mengikut harga pasaran. Tetapi berbeza dengan jikalau mereka berniaga online. 
Ada satu hari gua tanya Spinning Reel Shimano Nasci 2000, RM170.00 tidak termasuk postage. Tadi datang RM150.00 . Jauh juga beza tu. Better buyer beli di kedai nya ya.

Google maps coordinate : 3.203291,101.559774
GPS coordinate : +3° 12' 11.85", +101° 33' 35.19"

Dah masuk kedai, tak nak la tanya itu ini tapi tak beli. Dengan rela hati gua beli Soft Bait dari Seahawk. Yang mana mempunyai satu single hook serta satu treble hook. Hanya RM8.50 sahaja. 



Balik je dari Sungai Buloh, dapat la satu kiriman postage dari Abg WanPB. Iaitu CD Megabass yang telah di burn. Yang ori dia tak bagi. Haha.

 



Sunday, July 7, 2013

Lure / Gewang baru + Custom Micro Jig

Setelah strike tak di sambar, gua hampir putus asa sebenarnya. Pagi tadi strike di tempat yang sama Kota Tasik Puteri. Nampak kelibat ikan - ikan yang bergerak lincah. Malangnya semua gewang tak di sambar. Kemudian, datang sebuah lori ke kawasan strike. Lincah gua bla dari situ. Lalu balik dengan kehampaan. Sedih. 

Balik sudah, terus mencari port lain di sekitar Pekan Kuala Selangor. Baru ingat, ada tasik ikan air tawar belakang sekolah gua. Haha. Macam mana la boleh lupa. RM10 untuk satu hari. Next week la nak cuba nasib. Pagi - pagi kita strike.

So, gua pun nak try lure baru. Lure sedia ada hanyalah sliding, buzzbait & spinnerbait. Gua membeli satu lure popper dari Ofmer 4DS Popper 65F copy dari Yo-Zuri 3DS Popper 65F. Murah je, sekitar RM14.00..Kalau Yo-Zuri RM40 keatas confirm. Tak larat nak beli lure mahal dah. Hehe.

 Ofmer 4D Popper 65F

Type : Floating
Panjang : 65mm 
Berat : 7g



Info yang gua dapat, Peacock Bass atau ikan air tawar di kawasan gua saiz nya adalah kecil sahaja. So, yang rekemenkan gua untuk target ikan saiz kecil adalah menggunakan Micro Jig yang di custom. Menambah single hook & flashing line. Senang cerita membulan di siang hari. Akan gua cuba nanti, kena hold buat masa ni. Agak sibuk. 

 Micro Jig + Decoy single hook + flashing line

Sambil tu, mencari juga reel oil untuk service reel gua nanti. Dapat la sebotol kecil Deuthlon Reel Lube RM14.00 sahaja.

 Deuthlon Reel Lube

Dan juga, gua membeli hook berserta bulu untuk lure special yang akan sampai pada hari selasa depan. Haha. Tak sangka akan dapat lure rare. 

Hook with fur
 

Tuesday, July 2, 2013

St Croix Premier rod

Tengok tajuk post kali ini. Pertama kali beli rod yang mahal. 
Adoi, kopak dompet. Barai ATM. Duit melayang macam tu jeee. Pagi tadi selepas hantar big boss meeting, gua sempat ke Jalan Tukul, Kawasan Perindustrian Shah Alam. 
Saja nak tengok barang pancing, alang - alang nak riki rod sekali. Mula- mula jumpa la rod Shakespeare Deceiver & Jupiter. Test Penn Battle 2000 pada kedua rod. Tak sedap la pula. 
Terjumpa rod Shakespeare Agility IM8 Graphite. Rod baru, harga RM200. Ringan jeee, cun kalau casting. Malangnya, reel seat berkeadaan tiada kualiti. Takut nak beli, belek - belek kedai..nampak la satu rak ada rod Gawas. Memang gua tak sentuh, mahal sangat. Kebelakang sikit, ada rak penuh dengan rod St Croix. Hehe..mula la gatal tangan nak sentuh..harga bapak mahal ! RM400 keatas. Perh..sekali belek, nampak la yang murah sikit. RM275. Kehkeh..apa lagi, gua sebat dulu sebelum balik. 

 St Croix Premier spinning rod

 Premium-grade cork handle & Fuji DPS reel seat

 7 guide ring



Panjang : 6 kaki ( 1 piece )
Action : Fast action
Power : Medium Lite Power
Blank material : SC2 Graphite
Line : 4 -10lbs
Lure : 1/8 - 1/2oz
Made in : Nasi Goreng USA

Jadi nya, lepas beli rod ni terus cabut keluar nak pickup big boss. Hehe. Malangnya, excited sangat. Tip rod & guide tersagat atas jalan. Habis calar..adoi..Nasib baik tak patah. Gua dapat rod ni berharga RM260. Setelah diskaun RM15. Boleh la...1 piece pula tu, macam mana nak bawa masa strike nanti. Huuu..