Tuesday, July 2, 2013

St Croix Premier rod

Tengok tajuk post kali ini. Pertama kali beli rod yang mahal. 
Adoi, kopak dompet. Barai ATM. Duit melayang macam tu jeee. Pagi tadi selepas hantar big boss meeting, gua sempat ke Jalan Tukul, Kawasan Perindustrian Shah Alam. 
Saja nak tengok barang pancing, alang - alang nak riki rod sekali. Mula- mula jumpa la rod Shakespeare Deceiver & Jupiter. Test Penn Battle 2000 pada kedua rod. Tak sedap la pula. 
Terjumpa rod Shakespeare Agility IM8 Graphite. Rod baru, harga RM200. Ringan jeee, cun kalau casting. Malangnya, reel seat berkeadaan tiada kualiti. Takut nak beli, belek - belek kedai..nampak la satu rak ada rod Gawas. Memang gua tak sentuh, mahal sangat. Kebelakang sikit, ada rak penuh dengan rod St Croix. Hehe..mula la gatal tangan nak sentuh..harga bapak mahal ! RM400 keatas. Perh..sekali belek, nampak la yang murah sikit. RM275. Kehkeh..apa lagi, gua sebat dulu sebelum balik. 

 St Croix Premier spinning rod

 Premium-grade cork handle & Fuji DPS reel seat

 7 guide ring



Panjang : 6 kaki ( 1 piece )
Action : Fast action
Power : Medium Lite Power
Blank material : SC2 Graphite
Line : 4 -10lbs
Lure : 1/8 - 1/2oz
Made in : Nasi Goreng USA

Jadi nya, lepas beli rod ni terus cabut keluar nak pickup big boss. Hehe. Malangnya, excited sangat. Tip rod & guide tersagat atas jalan. Habis calar..adoi..Nasib baik tak patah. Gua dapat rod ni berharga RM260. Setelah diskaun RM15. Boleh la...1 piece pula tu, macam mana nak bawa masa strike nanti. Huuu..

 

4 comments:

  1. Assalam tuan farris..boleh saya tahu tuan beli rod st. croix premier ni dimana?...ade terbelek rod jenis casting (bc) untuk premier ni x?...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan @Fakhree Ahdon, Fisher Tackle Jalan Tukul, Shah Alam. ( Coordinate google maps : 3.064716,101.524319 ). Kedai ni tak silap saya dah out of stock tuan. Untuk baitcast ada Tuan. Hehe

      Delete
    2. sememangnya saya mencari rod bc st croix ni tuan @fariz mahmood...insyaallah ade kelapangan saye singgah ke fisher tackle tu..tq utk info :)

      Delete
    3. Ada seorang kwn facebook saya nak jual St Croix Avid BC type. Harga agak keras juga la, 2ndhand. Cuba Tuan @Fakree Ahdon contact dia https://www.facebook.com/sahrulnizam

      Delete