Tuesday, July 16, 2013

Sesi belajar cast jauh jauhan tidak ke langit

Isnin yang lepas, selesai hantar bos ke SUK Shah Alam, gua terus ke Bukit Tinggi Klang. Kedai pancing favorite iaitu Fishmax Tackle. Sebenarnya nak tukar line, lupa pula bawa Berkley Fireline Fused yang di pos minggu lepas oleh Mr Chong Kit Soon. 


 
Berkley Fireline Fused Original 6lb

Line yang halus, 0.15mm diameter sepanjang 114m. Direka khas untuk spinning reel, mmg tak sesuai untuk baitcast reel. Di katakan confirm birdnest. Gua pun belum pasti, hehe.


Mr Chong Kit Soon jadikan Penn Battle 2000 gua dari deep spool ke shallow spool. Haha, lilit guna mono line murah, then guna masking tape. DIY je ni, nak beli reel shallow spool tak mampu lagi. 

Sambil - sambil tu, dia sempat ajar gua cast jauh jauhan guna set Ultralight dia. Memang superb, ringan sangat. Maklum la reel Daiwa Gekkabijin + rod Temujin + Fireline 6lb. 1st cast memang ke langit. Dia cakap, cast jangan kelangit. Haha, 5 6 kali cast dah tak kelangit. Banyak lagi kena belajar gua ni. 

 Sunline Shock Leader 16lb

Sambil tu, gua sempat beli shock leader 16lb ni untuk disesuaikan dengan fireline 6lb atau braid yang poundage kecil. Maknanya main line halus pun boleh.



River2sea Popper Lure

Gua juga beli popper baru seberat 4.5gram. Harga RM15.00 sahaja setelah diskaun dari harga besar RM22.00. Bahagian depan popper ni dah sama seperti Megabass Pop X. Mr Chong ajar jangan beli lure mahal nanti jumpa lagi mahal dah tak pandang yang murah. Hehe. 


Rodford Comos Craft Spoon

Dan gua juga beli spoon Comos Craft dari Rodford. Spoon seberat 7gm. Berharga RM6.50. Ini pertama kali beli spoon. Hehe

No comments:

Post a Comment