Post yang lepas, gua ada beritahu kenapa tak jadi ambil Shimano Seinna 1000FD. Kenapa ? Bukan disebabkan harga menjadi penghalang, ia berkaitan dengan kualiti. Kualiti memainkan peranan penting setiap reel. Itu sebab gua takut nak beli online. Kena kayuh & periksa baru boleh beli. Kena ambil feel dulu. Kihkihkih
Ok, sekarang gua cerita bagaimana untuk memilih spinning reel / kekili ini. Kalau boleh kautim dengan owner kedai, cara begini amatlah di galakkan buat sebelum membeli reel. Contoh yang gua lakukan pada Ryobi Ecusima 1000Vi.
Ambil spinning reel, cagakkan pada rod atau pada line winding *isi main line kat platform sambil kira berapa meter panjang main line dah masuk pada reel*. Ketatkan reel seat.
Memegang bahagian bawah spinning reel, gengam. Mengenakan tekanan sedikit, dan putarkan / twist spinning reel. Perhatikan support arm yang berada tegak dengan reel seat. Cuba lihat, lembut atau keras semasa twisting ? Untuk reel ini, gua dapati sebanyak 50% boleh diputarkan. Untuk reel Shimano Seinna 1000FD, sebanyak 80% ia boleh diputarkan. Kebarangkalian untuk patah mungkin berlaku.
Gunakan ibu jari serta jari telunjuk untuk menekan, berikan tekanan bahagian bawah bail. Cuba lihat, kelembutan & kekerasan bahagian itu. Reel ini menunjukkan 50% kebolehlenturan pada bahagian bawah bail. Seinna 1000FD pula, sebanyak 80% lenturan nya.
Memegang spool, dan gerakkan keatas & kebawah untuk memeriksan gap. Yang ini, gua tidak berapa pasti. Reel mahal pun ada gap seperti ini. Rasanya, gap ini perlu ada supaya kelancaran main shaft bergerak.
Memegang spool, gerakkan ke kiri & ke kanan untuk kelonggaran spool. Selalu nya longgar spool di sebabkan tiada bearing pada spool & kekurangan bearing pada mainshaft. Dan lagi satu kenapa spool bergoyang, rumah bearing pada reel longgar / ada free. Factory defect tak silap.
Cuba kayuh reel, untuk memeriksa getaran semasa kayuhan. Kadang kala reel bergegar semasa kayuhan.
Secara kesimpulan Shimano Sienna 1000FD kurang dari segi kualiti & Ryobi Ecusima 1000Vi walaupun murah sedikit, kualiti tetap ada.
Shimano Seinna 1000FD : 40% terbaik !
Ryobi Ecusima 1000Vi : 70% terbaik !
Bagi pendapat gua la, itu yang ambil Ecusima ni sebab dah test & bandingkan dengan Seinna. Gua mencadangkan kepada semua reader yang nak beli reel, periksa dulu reel sebelum beli. Rasa rasa poket tebal, cari la reel material nya magnesium. Dah la ringan, kuat pula tu. Harga sahaja yang agak keras. Tak pun, cari yang full metal body boleh juga. Cuma agak berat sikit. Dari segi harga pun masih mampu milik. Lagi, cari reel yang mempunyai warranty.
Pengujian diatas ni, risiko patah tanggungjawab sendiri ya. Mana la tahu masa twisting patah pula support arm. Menangis nak membayar nya. Sesetangah seller akan bagi tips sebelum membeli reel. Cuba la slow talk, mungkin boleh.
No comments:
Post a Comment