Sunday, September 1, 2013

Lure baru & secondhand Part 1

Pos yang lepas gua ada membeli lure untuk di pertaruhkan semasa Mini Tournament Malaysia Abu Garcia Fans Club di Taman Tasik Titiwangsa pada 21 Sept ini. Lure dari brand Lucky Craft, Payo, Yo Zuri, Rapala dan juga Storm. 


Payo Black Swan 110, antara lure Minnow yang sama dengan lure OSP Bent Minnow yang harga nya agak keras mencecah RM90. Payo Black Swan ini cuma RM26.00 sahaja. Action sama je. 

Spec 
Panjang : 11cm
Berat : 10 gram
Floating

Gua membeli nya dengan seorang member di PJ. Dia baru sahaja buka kedai online, iaitu Tigris Tackle. Gua ambil warna Matt Chartreuse Tiger & Black Chartreuse Tail.


Item ini gua beli dari member di KL. Antaranya Rapala Skitter Pop 6cm, Lucky Craft Minnow & Storm Chug Bug. Harga total RM40 siap postage. Kondisi A. Memang cun lagi. 


Yang ini pula member dari Penang. Soft plastic set RM50 siap postage, berbaloi juga beli. Tak pernah ada soft plastic. 

Bersambung....................................................................

No comments:

Post a Comment