Saturday, June 29, 2013

Angling Fair 2013 SACC Shah Alam 28 - 30 Jun

Hehe, pertama kali pergi angling fair ni. Maklumlah, baru berjinak - jinak dengan bidang mengilat ni. So, selepas solat jumaat..terus ke SACC semata - mata nak usha barang pancing ni. Ingatkan boleh la borong sakan, rupanya tak banyak special offer. Yang offer pun, barang mahal - mahal & barang lama. Tu je la...


Sampai je, terus cari braid line. Berkley ada buka booth, malang sekali hanya untuk tontonan sahaja. Alamak, baru nak beli Fireline. Dapat juga tengok softbait Berkley terbaru. Keluaran 2013 & 2014. Hanya tontonan juga. 

 Berkley Havoc Softbait

Tengok jenis - jenis lure, tiba - tiba di tegur amoi cun. Lalu memberikan..

 Berkley Powerbait + brochure Abu Garcia

 Antara model JDM yang akan muncul di pasaran Malaysia.

Terus ke belakang booth, nampak la Abu Garcia punya booth. Banyak barang baik. Malangnya harga keras wo.. Lupa pula ambil gambar. Hehe. Then ternampak la booth orang kaya. Haha ? Mampu tanya harga je. Tak mampu nak beli. Koyak la kalau beli...

Megabass 

Jalan - jalan lagi, ternampak la orang ramai berkumpul. Ada simulator untuk real fishing. Jigging Simulator tak silap.



 Spinning Reel jenama Quantum. 

Lure / Gewang dari Ofmer.

 Tak kenal siapa pula. Handmade lure dia buat. Terbaik !
 

No comments:

Post a Comment