Sunday, June 23, 2013

Spinning Reel / Kekili Spinning Penn Battle BTL2000

Alhamdulillah, rezeki hari ni. 
Setelah penat mencari lure / gewang Rapala Limited, akhirnya ke Fishmax Tackle,Bukit Tinggi Klang. Dari semalam gatal je tangan, nak keluar duit atau nak dapat duit. 
Akhirnya keluar duit. Ceyhhh..

 Penn Battle BTL2000

6 + 1 bearing.
Gear ratio 6.2 : 1
Full metal body. 
Superline spool.
HT-100 Drag washer.
Infinite anti-reverse.
Stainless steel main shaft.
6 shielded stainless steel bearing.
Braided ready.
Max drag 7lbs.

Gua mulakan, saiz BTL2000 ni kalau Shimano punya reel saiz 1000 lebih kurang la. Apa yang gua dapati, semasa kayuh, godek - godek, reel ni memang cun habis. Smooth semasa kayuhan. Spool memang balance masa kayuhan. Knob yang ngam - ngam dengan ibu jari. 

Untuk pengetahuan, saiz 2000, 3000 dan juga 4000 mempunyai gear ratio yang sama. Saiz 1000, 5000, 6000, 7000 dan juga 8000 gear ratio lebih kurang 5.6 / 5.3 / 5.1 : 1 sahaja. 


More & less dragging indicator

Superline spool. 

Nampak line hitam macam braided pada spool tu ? Sebenarnya, itu adalah getah. Bertujuan mengelakkan braided line tidak tergelincir semasa dragging. Alaaaa, sama je dengan spool reel lain yang ada garis - garis tu. Cuma yang ni getah. Tu jeeee..

Pada mainshaft, ada bearing untuk spool. 

Serviceable clicker. 

So, memang koyak dompet gua. Harga reel ni di antara RM230 - RM250 untuk saiz 2000. Yang saiz lain, gua tak tau. Gua akan mencuba reel ni dalam masa terdekat. Hehe.

4 comments:

  1. Replies
    1. Bagi saya, best kalau pair dengan rod yang ringan kalau nak buat Casting. Reel ini terlalu berat bagi saya. Drag super smooth. Saya bagi 9/10.

      Delete
  2. Thanks for explaining some things about Penn Fierce vs Battle. I’m glad you explained you should learn if they participate in the Penn Fierce vs Battle I’m kind of interested to learn more as to what this participation would entail.

    ReplyDelete